Followers

selamat datang

selamat datang
selamat membaca
karya yang tidak seberapa

Monday, 25 June 2012

'Sejauh mana pun engkau berlari. Menyembunyikan wajahmu. Ia tidak akan menggubah apa-apa. Engkau akan tetap menjadi engakau. Apa terjadi akan tetap menjadi sejarah. Biar tertutup dari rupa paras jelita. Tidak akan menutup semua kisah duka. Biar di selaput warna indah dunia. Tidak akan melenyapkan rona gelita jiwa.'

Wednesday, 23 May 2012

PERJALANANKU

Tiada apa yang indah inginku coretkan di sini
Tiada apa yang bermakna inginku lempiaskan di sini
Namun jari jemariku masih gerutu untuk mencatitnya
Akhirnya aku berserah dan memunggah idea.

Salam sayang, salam rindu
Salam kasih, salam cinta

Jauh sudah aku merantau
Mencari tunggul tempat beristirehat
Akhirnya sampai ke tanah seberang
Tempat ikan bermain berkejaran
Ralit pandanganku melihat personafikasi dunia
Hingga senja melabuh tirainya

Langkahku atur merentas lalang sialang
Membirat luka di seluruh tubuh
Tidakku hairan, tidakku pedulikan
Aku ingin segera ke pelabuhan

Gelita malam meyukarkan langkahku
Akhirnya aku terjelupuk ke gaung seram
Tereksaklah aku kegerunan
Terketar-ketar tubuhku keseorangan

Terpancarlah cahaya menyilaukan mata
Itulah titik aku kembali
Aku mengorak langkah dengan segera
Memeluk erat sekujur tubuh
Itulah ibuku yang tercinta
Sentiasa setia menanti anakanda
Biarpun lelah di mamah usia
Tidak pernah lelah menanti diriku tiba

Ibu Anakmu Meyayangimu
♥♥♥

F/F
23052012

Friday, 4 May 2012

Kata-kata pemberi makna

Cinta indah bersama tawa
Cinta pahit bersama air mata
Cinta istimewa kerana setia
Cinta kecewa kerana ternoda

Andai engkau dan orang berkata tentang cinta
Aku ingin berkongsi cerita

Cinta indah bak baiduri
Indah hingga tidak terlihat duri
Tiap saat ingin menabur bunga di hati
Hingga tidak sedar bunga layu di hati

Cinta sentiasa manis bak madu
Hingga tidak terasa pahitnya yang bagai hempedu
Di tiap detik waktu bersulamkan rindu
Hingga tidak kenal dosa dan pahala yang berlaku

Cinta bagaikan kotak mancis
Bila rapi tersimpan di dalam kotak, tiadalah api yang menyala
Bila terbakar kayu mancis
Baru tersedarlah kita, apa itu cinta yang sia-sia

Cinta sentiasa di agungkan
Dengan kata-kata manis dan puitis
Cinta di lahirkan dari hati seorang insan
Insan bernama kekasih yang cukup romantis
Alangkah bahagianya hati si pemuja cinta
Hingga terlupa akan harga diri yang tergadai kerana cinta
Alangkah terlukanya hati bila di kecewa
Setelah harga diri tiada nilai dimatanya
Astaghfirullahaladzim..

Cinta sangat manis bila kita menjalankannya di jalan yang benar
Cinta sangat pahit bila kita menjalankannya di jalan yang tersasar

Sesungguhnya cinta DIA, Cinta yang TERAGUNG, Di antara beribu cinta yang ku POHON, Tidak akan ku rapuhkan cintaku PADANYA, Tidak akan ku pertikaikan cintaku PADANYA. Hanya denganNYA aku tenang, Hanya denganNYA aku senang. Terdamping di sisiNYA, Sesuatu yang TERISTIMEWA

F/F
30042012

Thursday, 3 May 2012

POHON CINTA

Pohon rendang
Tanda cinta kita
Di pohon redup
Kita mengukir cinta
Pohon rendang
Itulah peneman setia
Tempat berteduh secubit cinta
Bahagia tidak terasa duka
Biarpun air mata

Pohon redup
Sentiasa berkembang
Pohon redup
Tetap menjadi teman
Mengukir cinta
Di atas pohon
Indahnya cinta
Bak mekarnya pohon

Saat pertama
Pertemuan kita
Pohon cinta
Menjadi saksi kita
Mengukir cinta
Terpaut rasa
Teralir dari mata
Meresap ke jiwa

Itulah Pohon CInta Kita

Pengikat Cinta Kita
Bukti Cinta setia
Sepanjang masa
Ke akhir hayat kita


f/f
04052012

Tuesday, 17 April 2012

Personafikasi hati

Berlari..
Aku berlari semahuku..
Tertitik..
Disatu persimpangan yang kaku..
Tertanya..
Apa suratanMu buatku..
Persoalan..
Terus bermain di benak fikiranku..


 
Ruang..
Satu peluang buatku..
Kasih..
Mencari sesuatu yang abadi dan luhur..
Cinta..
Yang masih tersingkap di dalam personafikasi dunia..
Rindu..
Tetap di satu sudut hatiku..
Pemilik..
Adalah YANG SATU..

Thursday, 12 April 2012

SUARA HATI

Mampir seorang insan
Datang menyapa
Siapa tidak ku mengerti
Mengapa tidakku duga
Mampirnya membawa utusan
Utusan Yang Maha Esa
Membawa berita yang tiada di fikiran
Perlukahku menjawabnya
Sedangkan hati kecil masih tersepi
Tidak mengungkapkan rasa
Jiwa masih kekontangan
Tidak memberikan khabar
Haruskah ku membiarkan
Haruskah ku memperlihatkan
Satu jawapan yang tiada kepastian
Impian yang tiada harapan
Egoiskah aku pada insan itu
Sedangkan aku tidak pasti
Bongkakkah aku pada insan itu
Sementara hati tidak pernah restui
Biarlah waktu berlalu
Biarlah masa merentas alam
Jawapan yang kau tunggu
Masih terkelam di garisan alam


f/f
13042012
Titipan warkah rindu

Ku di titip sepucuk warkah
Ku terpana akan urutan hurufnya
Hatiku gerunyut dalam tenang
Bisalahku tersenyum senang
Tertitip warkah dari pujangga
Jauh di mata, nun di sana
Beribu batu menahan rindu
Saat terlihat warkah barumu
Hatiku berbunga sayu
Air mataku meluncur laju

Rasa rindu tidak tertanggung
Mengenangkan insan yang ku sayang

Dari jauh ku titipkan doa
Buat kekanda jauh di mata
Dalam doa ku titipkan rindu
Moga kau jua rasa rinduku
Kekanda pujaan kalbu
Peneman setia hatiku
Gerenyut rasa hatiku
Mendengar khabaranmu
Yang jauh beribu batu
Pulang mengubat rindu
Agar kita kan ketemu
Di hujung kasih mu pada ku

f/f
12042012

Tuesday, 10 April 2012

cinta

cintanya selalu ada buat kita..telah termaktub buat kita..biar di mana kita..biar di hujung hidup kita..cintanya ada buat kita
cintanya selalu mekar mewangi..mekarnya semerbak bunga lavendar..kan kekal mewangi hingga ketemukan si kumbang..
cintanya tidak pernah kelam dik waktu..hanya tersembunyi di sebalik masa..
tersingkapnya cinta yang di cari..memekarkan bunga-bunga cinta di hati..terjawablah cinta kita..yang tersembunyi di sebalik masa..

Wednesday, 4 April 2012


NAFSU SERAKAH

dalam waktu aku sendiri..
ada kamu menemani..
dalam aku sedih hati..
kamu tetap di sisi..
hingga suatu detik aku meraung..
bukan kerana sakitku tanggung..
kerana dosaku yang tidak tertanggung..
melimpiaskan air mata yang bertakung..
itulah detik hatiku..
terluka kerana nafsu..
kasihku yang kaku..
kerana cintaku padamu..
tersiksa jiwa raga..
kerana kesilapan diri..
tergadai maruah keluarga..
kerana kedegilan hati..
silap terus menular..
tidak henti..
kesal terus menjalar..
di segenap relung hati..
kesilapan terus berpohon..
selagi diri tidak menolong..
kemaafan terus terpohon..
kerana dosa tidak tertanggung..
berilah..
carilah..
singkaplah..
terokailah..
segala kesilapan..
di segenap jalan pulang..
selagi kita punya waktuNYA..

F/F
26032012

Sunday, 25 March 2012

penyair rapuh

mungkin benarku penyair yang malang
melakar puisi yang tiada erti
mungkin benar aku puisi yang tenang
namun ertinya sentiasa mati

aku tidak akan mudah menyerah
biarpun puisiku tidak indah
bukan bererti penyudah
perjuanganku di tapak sasterah

usah kau rawan
berasa kesepian
benar kau sendirian
namun kau masih punya teman

aku bukan teman yang sempurna
bukan teman yang pantas menjadi teman
namun aku ingin terus mencuba
menjadi teman yang memahami teman

usah gusar dalam melangkah
biarpun langkah selalu pincang
jangan mudah menyerah kalah
bila ujian datang memancang

kita bukan kesatriaan negara
yang gah pada dunia
kitalah wira negara
pembela anak bangsa

hidup yang singkat kita goyah
bisakah kita berdiri gah buatNYA
bila kita merasa rapuh
bisa kita menjadi pembela negara.

F/F
26032012

Thursday, 22 March 2012

antara kita ada cinta bab 1



BAB 1

 

Setiap keluarga yang di bina pasti mengharapkan kehadiran insan baru. Insan yang dapat mengeratkan lagi ikatan yang terjalin. Antara mereka ada benih cinta. Namun antara bahagia ada kelukaan yang bertamu. Mereka di uji dengan pelbagai dugaan. Segalanya ketentuan Ilahi, tiada siapa yang dapat menidakkan apa yang tertulis. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Bukan kisah cinta semata-mata, bukan kisah duka sentiasa. Inilah kisah mereka. Melalui hidup bersama tanpa sekelumit cinta. Adakah cinta menjadi milik mereka. Ada persolan yang perlu di singkap.
Pasti menjadi tanda tanyakan. Oklah, mari kita ikuti kisah mereka dalam "ANTARA KITA ADA CINTA."

"Assalammualaikum Umi, Umi buat apa tu. Wah sedapnya bau." Sapa Fa, yang baru bangun dari mimpi.
"Wah anak dara ni, matahari dah terpacak kat atas kepala, baru nak bangun. Dah mandi belum? Dah sibuk duk makan." Bebel Pn.Khadijah.
"Ala Umi, hari ni kan hujung minggu. Waktu ni la Fa nak berehat. Stress kepala ni asyik menghadap buku-buku yang berlambak tu. Dengan projek tak siap lagi. Presentation lagi. Stress Fa di buatnya."

Fadhani cuba mempertahankan diri. Tapi memang dia agak tertekan dengan tugas-tugas yang diberi. Bayangkan dalam seminggu dia kena buat tiga tugasan sekali gus. Tugasan dari Prof.Kamilah, Prof.Hamdan dan Prof.Jainal. 50 peratus markah peperiksaan akan di ambil dari projek dan presentation yang diberi. Tugasan itu tidaklah perlu di hantar dalam waktu seminggu itu juga. Cuma tugas itu dapat pada waktu yang sama. Fadhani tak suka menangguhkan kerja yang diberi. Itulah sikap Fadhani. Fadhani atau nama sebenarnya Nur Fadhani bin Hj Shufian. Anak manja dan menghormati orang tua. Biarpun dia agak bersikap kasar.

"Ialah, belajar-belajar juga kesihatan kenalah jaga. Solat subuh ke tidak tadi?" Tanya Pn.Khadijah lagi.
"Fa public holiday Umi. Hehehehe."sambil tersengih-sengih dia memberitahu uminya.
"Hhhmmmm...ialah." Sahut Pn.Khadijah.
"Fa, hari ini Aunty Rosnah sekeluarga nak datang. Kamu pakai cantik-cantik sikit ya. Umi ada belikan baju kurung moden semalam. Kamu pakai tau." Arah Pn.Khadijah.
"A'la Umi, rimaslah. Umi tahukan, Fa tak suka pakai baju kurung. Not my test ok." Jawab Fadhani.
"Not my test, not my test. Umi test kamu nanti baru tahu." Bebel Pn.Khadijah.
Kecut perut Fadhani mendengar arahan itu.
"Not excuse ok. Nokhta." Arah Pn.Khadijah dengan tegas. Bila ayat itu yang keluar, memang tiada kata tidak dari Fadhani. Sesiapa yang membantah, memang ada yang kena berleter 48jam tak henti. Jika nasib tidak baik, mahu seminggu dapat ceramah free.
Muka Fadhani dah cemberut bila dengar kata-kata itu. Terasa tiada peluang untuk dia menolak permintaan Uminya itu.

"Ha!. Buat muka. Cantiklah sangat tu. Tarik muncung tu nanti. Baru tahu." Kata Fadhani pula.
"Assalammualaikum, selamat pagi. Pn.Khadijah, Cik Fa. Apa yang Walid dengar ribut-ribut tadi. Sampai ke atas walid dengar." Soal Tn.Hj.Shufian.
"Aaaaabang. Waalaikumussalam. Tak ada Fa ni. Saya cakap dia tak nak dengar." Ngadu Pn.Khadijah. Setelah menyalami Tn.Hj.Shufian.
"Fa........kan Walid dah pesan. Jangan melawan cakap orang tua. Kelak kita yang di kecewa. Selagi arahannya tidak melanggar syariat islam. Kita sebagai anak, harus mendengarnya. ok sayang." Tegur Tn.Hj.Shufian sambil merenung wajah Fadhani dari ekor matanya.

Hj.Shufian lebih senang menegur anak-anaknya dengan teguran yang lembut tapi tegas. Kelembutan adalah kekuatan. Dia jarang menggunakan kekerasan, melainkan diperlukan. Alhamdulillah, kedua cahaya mata mereka dapat dididik dengan baik dan taat pada orang tua.
"Baik Walid."
"Umi, Walid..Fa minta maaf ya. Insyallah, nanti Fa pakai baju tu." Sahut Fadhani, seraya menghampiri ke dua orang tuanya. Menyalami mereka tanda maaf dan mengucup lembut pipi ke dua-duanya, tanda kasih.
"Umi, nak kamu pakai juga." Pn.Khadijah cuba memberi arahan yang tegas pada Fadhani.
"Sayangku Jah...., kan Fa dah cakap. Insyallah. Awak janganlah bersikap macam tu. Dia dah minta maaf di atas keterlanjuran kata-katanya tadi." Tegur Tn.Hj.Shufian kepada isteri kesayangannya.
"Maaf bang, saya tak sengaja." Pn.Khadijah tersedar dari keterlanjuran bicaranya.
"Udahlah Walid, Umi. Kita lupakan ya. Fa nak Umi dan Walid tahu. Fa saaaaaaaaayannngggggggg sangat dekat Umi dan Walid." Sambil memeluk dan memberi kucupan kasih sayang kepada mereka. Saat bahagia di pagi itu, sangat menggamit memori mereka. Saat bahagia yang sentiasa diimpikan oleh sesiapa pun.

"Assalammualaikum." Sapa Fakhrul. Anak sulung Tn.Hj.Shufian dan Pn.Khadijah. Nama sebenarnya Nor Fakhrul Bin Hj.Shufian. Merangkap abang kesayangan Fadhani.
"Waalaikumussalam." Serentak Pn.Khadijah, Tn.Hj.Shufian dan Fadhani menyahut salam Fakhrul.
"Ada apa-apa yang saya terlepas ke?" Tanya Fakhrul. Sambil menjungkitkan sedikit kening matanya dan memerhati tiap wajah di hadapannya. Hatinya dipagut persoalan yang pasti jawapannya ada di hadapannya. Hanya dia masih tertanya-tanya, apa yang terjadi sebenarnya. Babak apa yang terlepas dari pengetahuannya. Persoalan yang tidak bisa tercerna dengan sebaik-baiknya.
"Along tertinggal kereta apilah. Kami dah selamat sampai ke gunung Fujiyama. Along baru nak naik kapal terbang. Kesiannnn..hehehehehe." Fadhani mula mengusik abangnya.
"Apa dia. Rugilah Along lambat turun. Tahu tadi, Along turun tepat jam 7.00 pagi untuk menyaksikan kisah menarik itu. Cecite-cecite, apa yang terjadi. Agar otak Along ni bisa mencernanya sebaik mungkin. Hehehehe" Sahut Fakhrul, sekadar ingin melayan usikkan adiknya itu.
"Nak tahu ke. Boleh. Dua puluh sen dulu..hehehehehe." Usik Fadhani lagi.
"Fa ni, Along serius ni. Dia main-main pulak." Sahut Fakhrul, sambil membuat muka kesiannya. Dalam hati.'Seriuslah sangat. hehehehe. Sekadar nak mengusik adik kesayangan sahaja. Tak ada niat lain pun..huhuhuhuhu.' Sabar jelah dengan perangai Fakhrul ni kan.
Teletah mereka berdua, sangat-sangat memberi kesan kepada sesiapa pun yang melihatnya. Mereka sangat rapat, hingga sukar di pisahkan..hehehehe.. Ialah tu sukar di pisahkan. Kalau tidur, makan, mandi bukan pergi bersama pun . hehehehe ^_^
"Oklah, tadi ada drama sebabak, Drama anakku Sazali versi Fadhani dan family." Sahut Fadhani pula.
"Ha!?" Fakhrul canggung dengan kata Fadhani sebentar tadi.
"Banyaklah kamu punya drama...Fadhani." Sampuk Pn.Khadijah. Dia tahu, anaknya itu sekadar bergurau dengan abangnya.
Fakhrul sudah mengerutkan dahinya. Pelik melihat telatah anak beranak itu. Dia terus tertanya-tanya, apa yang berlaku sebenarnya.
"Ha..Ini lagi seorang, dah pukul berapa ni. Baru nampak batang hidung. Nasib hujung minggu. Kalau waktu kerja, sudah lama Walid piyat telingga tu." Tegur Tn.Hj Shufian pada anak terunanya pula.
"Hehehee..." Fakhrul hanya tersengih dengan teguran Walidnya itu.
"Maaf Walid, malam tadi Fak tido lambat. Siapkan kertas kerja untuk pelabur dari Singgapura. Projek makanan halal yang kita rancang tempohari. Mereka minta usul yang bernas dan berkualiti. Lusa pembentangannya. Fak tak nak buat keja last minit. Esok bolehlah Walid semak, sebelum pembincangan. Kalau ada apa-apa yang hendak di tokok tambah, sempat lagi Fak uruskan." Fakhrul tersedar keterlanjuran katanya tadi dan menerangkan apa yang sebenarnya berlaku. Dia tidak mahu Tn.Hj.Shufian fikir yang bukan-bukan.
"Sudah-sudah, kalau nak bincang pasal kerja pun. Kita sarapan dulu. Ok my all dear...^_^" Seraya mendengar topik kerja di bualkan di meja makan. Pn.Khadijah segera memintas bicara, sebelum suami kesayangannya menyahut bicara terunanya. Pn.Khadijah tahu, bila topik kerja di bangkitkan tidak akan habis perbincangan itu nanti. Sebelum melarat, baik dia memintas menyelamatkan keadaan.
"Fak..Kalau nak kerja pun, beringat sikit. Kesihatan nak kena jaga juga. Sibuk dengan kerja, kesihatan diabaikan." Tegur Pn.Khadijah pada terunanya. Dia sentiasa megingati seluruh keluarganya perihal kesihatan diri. Itulah salah satu tanggungjawabnya sebagai suri rumah tangga. Bukan sekadar menguruskan makan pakai mereka, tapi juga menjaga kesihatan meraka sekeluarga.
"Tidaklah Umi, Fak tahu. Umi sayang kami. Fak sentiasa menjaga kesihatan. Makan ikut waktu. Melain Fak berpuasa hari itu." Terang Fakhrul, agar uminya tidak berasa bimbang dengan keadaannya. Sambil di selitkan gurau senda antara mereka.
"Kamu ni Fak, mana ada orang puasa makan.Ish.." Sampuk Tn.Hj.Shufian.
"Hehehehe..saja je, nak bergurau..senyummmm.." Sahut Fakhrul lagi.


"Ha Fak, Umi hampir lupa nak beritahu kamu." Pn.Khadijah memulakan mukadimahnya.

Bila dengar kata-kata itu. Serentak Fakhrul menoleh pada uminya. Cuba memberi sepenuh perhatian pada kata-kata uminya.
"Malam ni kamu ada nak keluar ke. Sebab, malam ni Aunty Rosnah sekeluarga nak datang." Sambung Pn.Khadijah lagi.

"Ye ke Umi." Sahut Fakhrul, lalu menyambung suapan mee hoon kegemarannya.
"A'ah. Dia kata dah lama tak bertandang ke mari." Terang Pn.Khadijah.
"Ohhh..Fir ada ikut sekali tak." Fakhrul bertanya sambil melirik mata pada Fadhani di sebelahnya. Terencana rancangan untuk mengusik adiknya itu.
"Adalah rasanya." Jawab Pn.Khadijah.
"Ummm...mesti orang tu sukakan. Putera hati nak datang." Sahut Fakhrul. Sambil memandang Fadhani.
"Apa.." Fadhani terperasan yang abangnya sedang memandangnya. Dia tahu, siapa yang di maksudkan abangnya tu. Siapa lagi kalau bukan dia 'adik kesayangannya'. Tapi sengaja Fadhani buat-buat tidak faham dengan bicara abangnya itu.
"Udah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Yaaa...." Fakhrul makin galak menyakat adiknya.
"Banyak ke pokok gaharu Along tanam. Lepas ni boleh buat projek gaharu pula. Tak gitu Walid." Fadhani buat tak faham, dan kembalikan gurauan itu pada abangnya. Kemudian dia cuba meminta bantuan dari walidnya.
"Boleh juga. Sudahlah Fakhrul, jangan asyik nak mengusik orang. Kamu tu bila lagi nak berumahtangga." Kali ini Tn.Hj.Shufian pula cuba membuka cerita. Sekadar melarikan topik usikan Fakhrul pada Fadhani.
"Fak pula yang terkena. Nantilah Walid. Nanti kalau Fak dah jumpa calon menantu untuk Walid dan Umi. Fak bagitahu ya." Jawab Fakhrul.
"Sudahlah, mari kita selesaikan sarapan. Lepas tu Umi nak pergi ke pasar. Fak dan Fa tolong Mak Ton kemas rumah serapinya. Abang...eeeemmmm" Pn.Khadijah memberi arahan pada ke dua permatanya dan sedang berfikir untuk tugasan suaminya pula. Sambil membuat muka ala-ala pengerusi projek besar yang sedang memerah otak, mencari idea baru untuk mengkembangkan perniagaannya.

Setelah berfikir sejenak. Akhirnya dia mendapat idea.
"Ha!..." Umi menjerit sedikit dan memetik jari. Ala-ala orang yang baru mendapat intan berlian. Seraya itu, suami dan anak-anaknya terperanjat dan menoleh ke arah Pn.Khadijah.
"Abang duduk dan berehat sajalah..ok. Saya nak keluar sebentar sahaja. Bolehkan Bang. Atau Abang nak ikut saya pergi ke pasar?" Soal Pn.Khadijah setelah meminta izin pada suaminya.
"Tak mengapalah, kamu pergilah pasar dengan Abang Ramli dan Kak Ton. Abang nak rehatkan badan dekat rumah. Sambil jadi mata-mata buat sayang abang ni." Jawab Tn.Hj.Shufian, sambil selitkan gurauan untuk isterinya.
"Mata-mata. Walid nak mata-mata siapa?" Soal Fadhani setelah sekian lama membisu.
"Mata-mata kalianlah, sama ada buat kerja atau tidak. Nanti boleh ayah repot pada Umi." Sahut Tn.Hj.Shufian lagi.
"Jap...." Sambil menaikkan telapak tangan gaya ala-ala Jemsboon. Seraya itu semua melihat Fakhrul.

"Mana aci, kami buat kerja. Walid rehat." Sambung Fakhrul.
"Aci..aci..pergi indialah. Hehehe.." Fadhani menyampuk.
"Mana ada Walid duduk diam. Tadikan dia dah cakap jadi mata-mata untuk kamu." Pn.Khadijah cuba mempertahankan suaminya.
"Entah along ni." Sokong Fadhani. Dalam hati dah gelak tahap gaban.
"Gelaklah..gelak..Along geletus kepala kamu nanti.." Sahut Fakhrul.
"Umi...tengok Along." Ngadu Fadhani pada uminya.
"Maaf, Umi tak masuk port." Jawab Pn.Khadijah.
Fadhani memandang walidnya pula. Serta-merta Tn.Hj.Shufian menjawab.
"Walid pun tak masuk port..sorryyyyy." Sahut Tn.Hj.Shufian pula. Kemudian dia menyambung menyuap mee hoon ke mulutnya.
Fakhrul dah gelak kegembiraan dan menjeling ke menangan kepada Fadhani. Akhirnya Fadhani terus membisu.



Semua mesti tak tahu lagikan, gerangan siapa Mak Ton dan Pak Ramli. Kan. Mak Ton tu, amah Tn.Hj.Shufian. Hanya bertugas mengemas, menjaga tanaman dan mengasuh Fadhani dan Fakhrul. Pak Ramli pula, supir atau pemandu keluarga itu. Mereka juga adalah sebahagian dari keluarga ini. Mereka akan tiba di rumah Tn.Hj.Shufian pada awal jam 8.30pagi hingga petang jam 6.00petang. Pada hujung minggu mereka akan tiba pada jam 9.00pagi. Hujung minggu adalah hari mereka berehat sebenarnya. Melainkan ada hal yang penting. Mereka akan diminta hadir dan menginap di sini.
Ada sebuah bilik khas untuk mereka. Yang telah di sediakan. Satu lagi, buat pengetahuan kamu. Mak Ton dan Pak Ramli adalah suami isteri. Bertemu jodoh di rumah ini. Ops!!! Bukan rumah ini, tapi rumah keluarga Tn.Hj.Shufian yang lama. Ketika itu Pn.Khadijah mengandungkan anak sulungnya Fakhrul. Dia perlukan peneman di rumah, sementara Tn.Hj.Shufian pergi berniaga. Tn.Hj.Shufian mengambil keputusan mencari pembantu rumah untuk membantu Pn.Khadijah di rumah seraya itu dapat menemaninya.
Suatu hari Tn.Hj.Shufian bertemu dengan Mak Ton, sedang mencari kerja untuk menyara keluarganya. Akhirnya Tn.Hj.Shufian menawarkan kerja dengannya. Melihat keadaan keluarga Mak Ton, Tn.Hj Shufian jatuh kasihan padanya. Hendak membantu dari segi wang, tidak tertanggung. Hanya dengan memberi pekerjaan mampu mengurangkan beban mereka. Mungkin inilah takdir Ilahi. Pucuk di cipta, ulam mendatang.
Tn.Hj.Shufian juga telah meganggap Mak Ton seperti kakaknya sendiri. Adakala, di hujung minggu, Tn.Hj.Shufian akan pergi ke rumah keluarga Mak Ton. Menginap sambil menikmati suasana kampung. Maklumlah, Tn.Hj.Shufian tiada keluarga lain. Dia dari rumah anak-anak yatim. Begitu juga Pn.Khadijah. Kini keluarga Mak Ton adalah keluarganya.
Bila perniagaan Tn.Hj.Shufian semakin berkembang. Tn.Hj.Shufian mengambil Pak Ramli sebagai pemandu. Ia bagi memudahkan Pn.Khadijah bergerak ke sana, ke mari. Ketika Tn.Hj.Shufian terpaksa keluar kota untuk mencari pelabur baru untuk perniagaannya yang semakin meningkat. Rezeki anak kata orang. Dengan adanya Pak Ramli, Tn.Hj.Shufian tidak terlalu bimbang tentang keselamatan Pn.Khadijah dan Mak Ton.
Sebulan berlalu, mulalah bibit-bibit cinta antara Pak Ramli dan Mak Ton. Tn.Hj.Shufian telah memberi nasihat kepada Pak Ramli. Bunyinya seperti ini.
"Kalau dah berkenan, cepatlah masuk meminang. Tak elok dok pandang-pandang jeling-jeling. Hehehehe.." Itulah teguran Tn.Hj.Shufian.
Setelah mendengar teguran itu. Pak Ramli telah meminta tolong Tn.Hj.Shufian dan Pn.Khadijah untuk merisik Mak Ton. Ini ayat yang dia guna.
"Emmm...Tuan..emm.." Pak Ramli teragak-agak hendak meluahkan. Segan pun ada.
"Apa dia bang. Cakap ajelah." Hj.Shufian bertanya.
"Saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya segan." Terang Pak Ramli lagi.
"Apa yang nak di segankan. Kita dah macam keluargakan. Abang nak pinjam duit ke?" Soal Hj.Shufian lagi.
"Bukan..Saya nak minta tolong dengan Tuan. Kalau boleh." Pak Ramli angkat kedua tangannya sambil di goyang-goyangkan di udara. Tanda apa yang di telah Tuannya adalah silap. Sekadar berbasa-basi.
"Tentang apa. Abang nak cuti. Atau abang nak khawin." Seloroh Tn.Hj.Shufian. sekadar ingin bergurau.
"Ha..mana Tuan tahu saya nak khawin.?" Pak Ramli terperanjat dengan soalan yang di ajukan oleh bosnya.
"Ha, betul ke awak nak khawin. Tadi saya gurau je. Dengan siapa?" Jawab Tn.Hj.Shufian.
"Eekeekeek..aaa....hehehe." Pak Ramli kelu untuk berkata-kata. Wajahnya telah berubah warna jingga. Agaknyalah. Hanya senggihan yang terukir di bibirnya.
"Tapi saya ada masalah dan ingin meminta tolong Tuan dan Puan." Sambung Pak Ramli lagi.
"Masalah apa.?" Akhirnya, Tn.Hj.Shufian bertanya dengan serius. Tiada gurauan seperti tadi lagi.
"Saya nak minta Tuan dan Puan tolong jadi wakil saya untuk merisik dia." Pak Ramli pun kemukakan hasrat hatinya itu.
"Ohhhh..Boleh. Tapi siapa orangnya? Orang mana? Kami kenal ke tidak? Duduk dekat mana?" Tanya Tn.Hj.Shufian lagi bertubi-tubi.
"Emmm..orang dekat je. Tuan dan Puan pun kenal dia." Terang Pak Ramli lagi.
"Siapa? Kak Ton ke?" Tn.Hj.Shufian cuba meneka.
"Ya, Tuan. Dah lama saya berkenan. Tapi takut nak bertanya." Segan silu Pak Ramli mennyatakannya.
"Jadi saya nak minta Tuan dan Puan tolong sampaikan hajat saya ni. Boleh tuan." Dengan penuh pengharapan, Pak Ramli meminta bantuan dari Tn.Hj.Shufian.

"Boleh..nanti saya minta tolong Puan tanyakan." Jawapan Tn.Hj.Shufian telah melegakan tangkai hati Pak Ramli.
"Ahhhh..Berapa lama lagi kita nak tunggu di sini. Saya dah lapar ni." Tn.Hj.Shufian berselorah, sekadar ingin menceriakan suasa.
Biarpun Tn.Hj.Shufian berkedudukan tinggi. Dia tidak pernah berasa bongkah dan angkuh dengan nikmat dunia itu. Padanya, itu semua hanya sementara. Biarlah dia kongsi bersama-sama mereka yang memerlukan. Dia pernah rasa hidup susah, jadi tidak hairanlah dia punya hati selembut itu. Ada waktu lapang Tn.Hj.Shufian akan ke rumah anak-anak yatim yang pernah di tempatkan dahulu. Sekadar melawat dan menyumbang semampunya.

Seraya itu, GRANDLIVINA milik Tn.Hj.Shufian meluncur laju menuju ke Alam Manda. Setiba sahaja di rumah. Tn.Hj.Shufian terus melangkah ke biliknya untuk membesihkan diri. Pn.Khadijah membontoti suaminya ke bilik. Tn.Hj.Shufian mengambil kesempatan itu, membicarakan perihal Pak Ramli dan Mak Ton. Pn.Khadijah seperti tidak percaya, tapi itulah kenyataannya.
Pn.Khadijah telah mengatur strategik untuk memberitahu Mak Ton perihal hajat Pak Ramli itu. Pada malam itu, Pn.Khadijah dan Mak Ton sedang seronok menyediakan makan malam mereka. Ehhhh..info baru, masa ini Mak Ton duduk bersama Pn.Khadijah sekeluarga. Bimbang Pn.Khadijah akan melahirkan pada waktu malam. Bila dia ada, sekurang-kurangnya, Pn.Khadijah ada dia sebagai peneman selain suami tercintanya. Ok, kita sambung balik.
Sedang asyik Mak Ton membancuh air, Pn.Khadijah telah mengambil kesempatan itu. Pn.Khadijah menarik nafas sedalamnya. Dia cuba berbasa-basi dengan Mak Ton terlebih dahulu. Begini dailog mereka.

"Kak Ton." Panggil Pn.Khadijah.
"Ya Puan." Jawab Mak Ton.
"Saya ada benda sikit nak tanya Kakak. Itupun kalau akak tak keberatan." Pn.Khadijah mencari kekuatan untuk bertanya.
"Akak, dah ada buah hati." Tanya Pn.Khadijah.


Ehhh..jap. Pn.Khadijah, soalan apa yang kamu tanya ni. Diakan 24jam dekat rumah kamu. Bila waktunya dia nak bercinta. Hehehehe..meyampuk jap. Ok, kita sambung balik ya.

"Emm..kenapa Puan?" Soalan yang di aju, di jawab dengan soalan oleh Mak Ton.
"Saya ni nak sampaikan hajat seseorang, itu pun jika di izinkan ALLAH." Jawab Pn.Khadijah.
"Hajat apa Puan." Mak Ton terus di pagut tanda tanya yang tiada jawapannya. Dia merasa resah dengan kata-kata majikannya itu.
"Emmm, akak janganlah risau, hajat baik, niat yang baik juga." Pn.Khadijah berhenti seketika. Sambil menghadiahkan segaris senyuman kepada Mak Ton.
"Saya nak sampaikan hajat Abang Ramli. Dia ingin menyunting Mak Ton menjadi permaisuri hatinya, jika di izinkan Allah." Sambung Pn.Khadijah lagi.
"Emmm..Abang Ramli ingin melamar saya. Pantaskah saya Puan. Saya bukanlah insan sempurna. Jauh kali insan yang cantik rupa. Dapatkah dia menerima saya, seadanya saya. Melengkapi kekurangan saya. Menjadi imam saya, menjadi wali pada anak-anak saya." Lirih Mak Ton mensuarakan bisik hatinya. Sambil menundukkan kepala, terasa rendahnya dia pada PenciptaNYA yang menganugerahkan berita gembira ini. Merasa layakkah dia berada di sisi insan yang cukup baik buatnya.

Tiba-tiba, terdengar suara dari belakang Pn.Khadijah, suara yang amat di kenali Mak Ton. Siapa lagi kalau bukan Pak Ramli kekasih hatinya. Iss..kekasih hati. Jeles I..huhuhuhu
"Kekuranganmu, kelebihanku. Kekuranganku kelebihanmu. Kita di pertemukan agar saling melengkapi. Aku terima segala kekuranganmu, sepenuh hatiku. Usahlah kau merendah diri sebegitu sekali. Aku akan menjadi pendamping setiamu, di kala suka dan duka hadir menyapa. Aku akan hadir buatmu jua. Ton, sudilah menjadi tulang rusukku, melengkapi hidupku, mewarnai hari-hariku. Jadilah yang ke dua di hatiku." Pak Ramli memujuk Mak Ton dengan penuh kelembutan dan kesyaduhan, ketulusan, keharmonian. Dengan harapan hati Mak Ton akan luluh dan menerimanya seadanya.
Mak Ton tersenyum gembira saat mendengar madah indah dari Pak Ramli, hati yang kosong terasa terisi. Pada kata-kata terakhir Pak Ramli, Mak Ton membeliakan mata. Dalam hati dia berkata. 'Yang ke dua. Siapa yang pertama.' Dari mula senyuman yang gembira menjadi kendur.
Pak Ramli menoleh majikannya. Majikannya juga kelihatan pelik dengan bicara Pak Ramli yang akhir itu. Akhirnya Pak Ramli tersedar kata-katany itu. Dia pun menari nafas dan menerangkannya.
"Mestilah yang ke dua. Yang pertama adalah Allah, Pencipta kita." Terang Pak Ramli.
Membuatkan Mak Ton, Pn.Khadijah dan Tn.Hj.Shufian tersenyum gembira. Akhirnya Mak Ton pun menerima lamaran Pak Ramli. Itulah kisah pertemuan Mak Ton dan Pak Ramli.
Bila perniagaan Tn.Hj.Shufian meningkat naik. Tn.Hj.Shufian telah berpindah ke rumah lain. Rumah yang lebih besar dan sederhana untuk keluarganya. Tidak jauh dari rumah lamanya. Rumah lamanya, telah di beri pada Mak Ton sekeluarga. Ialah, tiada siapa nak duduk. Dia sedekahkan kepada Mak Ton dan Pak Ramli agar di uruskan dengan baik. Alhamdulillah, rezeki Allah semakin melimpah ruah kepada keluarga Tn.Hj.Shufian. Kedua orang tua Mak Ton juga telah mempunyai rumah yang lebih selesa dari dulu. Duduk di kampung, banyak pokok buah-buahan telah di usahakan. Itulah pendapatan keluarga Mak Ton di kampung. Alhamdulillah.


Kisah Mak Ton telah selesai, tinggal lihat kisah Fadhani melayan tetamu. Apa cerita ya. Tak apa, kita tunggu Bab 2.

Tuesday, 20 March 2012


SENDIRI
Aku sendirian
Menanti cintamu
Aku sendirian
Berteman jingga petang
Aku di sini
Bersama bunga kuning
Mekar di petang hari
Bersama warna ungu
Bertanya alam semesta
Tentang cintamu
Masihkah aku di sana
Aku dipagut keresahan hati
Keresan jiwa seorang kekasih
Kekasih yang masih setia menantimu

F/F
21032012

Monday, 19 March 2012

SUATU HARI JATUH HATI

kisah pendik, tapi menarik. mungkinlah..hehehe

Hari ini, aku ke sebuah taman. Aku berjumpa seorang teman. Telah lama tak berkirim khabar. Hari ini hari bahagia. Hari aku dan dia. Kami menghabiskan sehari-hari bersama-sama. Pelbagai cerita di gembar-gemburkan. Mahu runtuh dik hati di buatnya. Mahu gugur dik jantung. Semuanya nak di cerita. Gelak sukmolah kami berdua.

Hari itu telah berlalu. Kami membuat temu janji untuk ke dua kalinya. Kali ini temu janji bukan pertemuan sahabat. Inilah kencan kami pertama. Hehehehehe. Dah lama memendam rasa. Akhirnya kami bersatu jua. Bukan sebagai suami isteri. Tapi sebagai pasangan kekasih. Tak elok betul. Bercinta lebih-lebih..hehehe.
Tak lebih mana pun kami bercinta. Peganggan agama tetap kami utamakan. Nak keluar bersama mesti ada aturannya. Kalau sebelum ni berjumpa berdua. Kali ini berjumpa berempat. Ialah, perjumpaan sebelum ini, tidak disengajakan. Tapi kali ini telah di rancang.

Syarat pertama seperti yang dikatakan, berjumpa berempat. Ke dua, minta izin dari keluarga. Wajiblah, nak bawa anak dara orang bukan anak kucing. Ok. Ke tiga, pergi di tempat orang ramai. Bukan tempat sunyi. Takut jadi fitnah dan panahan mata-mata tajam. Ke empat, tak boleh peganggan tanggan. Haram. Ke lima, jalan mesti berjarak. Sebab tu kena bawa adik atau abang. Letak mereka antara kami. Adalah segan silu. Ke enam, tak boleh duduk rapat-rapat. Mesti dudk berselang atau berhadapan. Tapi, kena berjaga-jaga dari renungan mata..hehehehe. Ke tujuh, tak boleh pulang lewat. Mestilah, takkan nak bawa anak dara orang sampai pukul 12.00 tengah malam. Tak ada kerja ke apa.. Ke lapan, banyak ye lah syarat. Dah habis..tujuh syarat sahaja.

Opssss..hampir terlupa, nak kencan boleh. Tapi tanggungjawab pada agama jangan lupa. Ok.

Akhirnya aku dan dia keluar. Dia sanggup memenuhi syarat-syarat tersebut. Mungkin ini kencan pertama kami dan terakhir kami. Hari itu habis satu Carefour kami jalan-jalan. Siap pergi tengok wayang. Duduk tetap berjarak. Tempat duduk pertama, dia, adik dia, adik aku dan aku. Sesuai dengan syarat yang di beri. Selepas tu kami pergi makan KFC, yang peling seronok adik-adik kami. Mana tidaknya, dapat tengok wayang dan makan Kfc. Dapat jalan-jalan. Dah macam keluarga bahagia gamaknya. Hehehehe...Lepas makan, cari taman permainan. Kebetulan hujung minggu, jadi taman permainan itu ramai orang. Sesuai dengan syarat lagi. Bagus betulkan buah hati aku ni.

Dah penat berjalan. Kami balik. Sesuai dengan syarat tidak boleh balik lewat. Adalah dalam 4 jam kami keluar. Oklah tu, asal dapat hilangkan rindu. Dalam perjalanan kami singgah di masjid. Untuk solat Zohor. Berkencan, berkencan juga tuntutan agama mesti di utamakan. Selepas solat, kami teruskan perjalanan. Dalam perjalanan, dia singgah di sebuah kedai buah-buahan. Aku hanya memerhatikan segala tindak-tanduknya dari dalam kereta. Adik-adik kami dah terlelap dalam kereta. Ha satu lagi, hari ini dia jadi pemandu kami. Kami semua duduk di belakang. Satu lagi syarat yang lupa nak nyatakan, aku tidak boleh duduk di hadapan. Takut iman tidak teguh, mudah goyah. Hehehehe.

Selesai mencari apa yang perlu. Dia terus menghantar aku pulang ke rumah. Mestilah hantar ke rumah, dah ambil kat rumahkan. Dia sangat sopan, siap mampir ke rumah sebentar. Buah yang di beli tadi, untuk keluarga aku rupanya. Baiknyalah dia. Ni yang buat aku makin sayang. Dia sambung berbual dengan ayah aku. Aku pun tak tahu dia cerita tentang, kerana aku dah duduk di dapur. Aku tak suka menggangu perbualan mereka. Hampir satu jam dia di rumah aku. Dia pun minta diri pulang.
Setelah pulang, dia tidak menghubungi aku. Aku bimbang jika dia telah tawar hati pada aku. Risau tau. Takut pun ada. Sampailah tepat jam 10.00 malam. Ibu dan ayah aku panggil. Barulah aku tahu apa yang telah di bualkan mereka tadi.

Dua bulan selepas temu janji kami.

Aku telah selamat menjadi isteri dia. Cepatkan, betullah kata hati aku. Itu adalah kencan pertama dan terakhir aku sebagai kekasih. Lepas ni, kencan sebagai yang sah. Dah tak payah nak ikut syarat yang di tetapkan. Sebab dah halal bagi kami.

Mesti kamu semua pelikkan, kenapa cepat sangat kami berkhawin. Sewaktu dia datang ke rumah tempohari dia ada sampaikan satu berita pada mak dan ayah. Jom kita imbas kembali apa yang dia sampaikan.
Malam itu ibu dan ayah telah menyampaikan berita tentang lamaran dia pada aku. Dia ingin bertunang dua minggu dari sekarang. Iaitu dari hari kami keluar kencan. Ke esokkan harinya, keluarga dia telah bertandang ke rumah, untuk merisik. Rupa-rupanya, dia telah lama beritahu keluarganya tentang aku. Dari waktu aku terserempak dengannya. Nasib aku terima dia jadi kekasih aku, kalau di buatnya aku tolak dia. Tak ke nanya dia. Sabar ajelah aku dengan dia. Mestilah sabar, dah sayangkan. Hehehe.

Mula-mula aku terkejut juga, kenapa cepat sangat. Ibu pun beritahu aku, yang dia kena bertugas di Kuala Lumpur. Kalau boleh dia ingin bawa aku sekali. Tak akan dia nak bawa aku tanpa ikatan yang sah, tak ke nanya tu namanya. Sebab tu dia ingin meningkah secepat yang mungkin. Dia kata lagi, dia sayang sangat dengan aku. Dia tak nak terlepas untuk ke dua kalinya. Kesiankan, al maklumlah, dulu masa time sekolah dia ngurat aku. Tapi aku buat tak layan. Jadi bila dah dapat pikat cepat-cepatlah ikat. Takut berputih mata lagi. Tulah kata orang, benci-benci boleh jatuh sayang. ^_-

Masa malam tu dia tak telefon aku, kerana dia pergi cari cincin merisik dan tunang untuk aku. Nasib muat, pandai juga dia kan. Patutlah dia ajak aku keluar, semata-mata nak tengok saiz jari aku. Dia ada pinjam cincin yang aku pakai unutk cuba dekat jari dia. Kenapalah aku tak tahu. Tak apalah, dah lepas pun.
Sekarang aku dah jadi permaisuri hatinya. Insyallah, hingga ke syurga hendaknya. Amin. Itulah kisah aku..best tak.

SELAMAT MEMBACA DAN KOMEN OK.

"Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meningga dunia."

Sunday, 18 March 2012

GARIS WAKTUKU

seekor merpati terbang tinggi
mencari makan tidak kembali
hati menjadi rawan dan bimbang
adakah merpati telah mati

begitulah jerit hatiku
mencari teman
menyempurnakan kepincangan hati
memenuhi kekosongan jiwa
namun hati bimbang
pantaskah aku meluahkan rasa
pada teman yang seketika ku kenali
pantaskah aku menjadi pendampingnya
sedangkan diri ini lebih mengerti
rawannya hati ini

itulah garis waktuku
pengakhirnya tiada kepastian
telah punya ketetapan
suka selalu di uji
duka selalu bertandang
garis waktuku, masih kelabu
tiada yang bisa ku bicara.

F/F
19032012

Friday, 16 March 2012

Kiniku di dua


Kau yang aku cinta
Tiada dua atau tiga
Kini aku di dusta
Oleh cintamu yang ku puja
Robek jiwaku
Hancur hatiku
Kerana engkau
Aku kecewa
Kerana engkau
Aku benci cinta
Mengapa engkau pilih dia
Mengapa engkau berselingkuh
Mengapa engkau tidak setia
Mengapa engkau pendusta



f/f
17032012

Wednesday, 14 March 2012

TIK TIK TIK

Tik tik tik
Waktu berdetik
Menghitung hari
Kian berlalu


Tik tik tik
Setiap detik
Ada namamu
Tempat mengadu


Tik tik tik
Sering berdetik
Tidak tertanggung
Resah hatiku


Tik tik tik
Waktu berdetik
Menghitung saat
Kini berlalu..



f/f
15032012

(^_^)
TERLIHAT


Tengah lautan
Terlihat ikan
Berlumba-lumba
Mencari makan
Dari atas
Terlihat permukaan
Tumbuhan laut
Meliar indah
Terlihat anak kecil sebaliknya
Bermain, bersembunyi
Antara nampak dan tidak
Laut luas, terlihat biru
Terlihat tenang selalu
Namun sebaliknya
Siapa tahu
Tsunami melanda bumi

Seperti sedang melihat diriku
Terlihat tenang
Terlihat damai
Terpampang indah
Bak baiduri
Terserlah cantik
Bak rembulan
Terlihat sopan
Bak bidadari
Namun sebalik wajah
Tersimpan rahsia
Bersembunyi dari wajah
Bila gelora tsunami hati
Menggelegak bumi
Tiada siapa dapat mengerti

Usah melihat dari ketenangan
Lihatlah dari kedamaian
Usah tersurat dari mata
Tersiratkanlah lalu jiwa.



f/f
14032012
Telahku maafkan segalanya,
Telahku hakis segala duka,
Telahku leraikan simpulan duka,
Telahku simpan abadi di kotak duka,
Maaf telahku beri setulusnya
Maaf telahku simpul abadi
Maaf telahku kirim lalu
Maaf telahku hadiahkan buatmu
Usah lagi engkau kembali
Merobikkan semula luka hati
Yang telah tersemat abadi
Di satu sudut dalam hati ini
Biarlah memori lalu
TerkubuTelahku maafkan segalanya,
Telahku hakis segala duka,
Telahku leraikan simpulan duka,
Telahku simpan abadi di kotak duka,
Maaf telahku beri setulusnya
Maaf telahku simpul abadi
Maaf telahku kirim lalu
Maaf telahku hadiahkan buatmu
Usah lagi engkau kembali
Merobikkan semula luka hati
Yang telah tersemat abadi
Di satu sudut dalam hati ini
Biarlah memori lalu
Terkubur layu
Sepeninggalan dirimu
Yang jauh beribu batu
Jangan biarkan air mataku
Mengalir kembali
Buatmu kekasih duka
Kekasih luka.




Usah Kembali Maaf

f/f
14032012

Tuesday, 13 March 2012

SUARA HATIKU

ku belayar di lautan
luas pemandangan
hatiku terasa tenang
tiada kedukaan
cahaya mentari
menerobos lalu kewajahku
teriknya membuatku kegersangan
namun itu bukan pengering semangatku
kuakan setia melewati waktu
hingga redup awan melabuh

f/f
14032012

Thursday, 8 March 2012

rindu 3

rindu tidak perlu di ucapkan dengan kata-kata..sekadar tubuh yang berbicara..rindu pasti akan tersampai jua..rindu tidak perlu di iringi dengan harapan dan impian..biarlah rindu bersahutan dalam sepi..
adakah dia merindu, satu persoalan yang pasti ingin jawapan..namun jangan biarkan rindu..menjatuhkan martabat seorang insani...biarlah rindu terjawab dengan sendirinya..bila ia telah pasti..

rindu 2

rindu berjangkit, satu penyakit..ubatnya tiada di hospital @ klinik berdekatan, hanya hati yang bersahut dalam diam, hanya mata yang memandang dalam tenang, hingga tersingkap satu persoalan, persoalan rindu buat semua..^_^
saat rindu bertamu,aku terbukam tidak berkutik
saat rindu bertamu, aku kehilangan kata bicara
hanya hati bicara, tentang rindu yang hadir
hanya hati bicara, tentang rasa yang lahir.

RINDU

Rindu sedang meyingkap di jendela hati.
Adakah perindu di sana?
Rindu tertanya pemiliknya.
Adakah rindu telah bersahut?
Rindumu rinduku, bersatu bertamu.
Megikat jiwa, meyatu rasa.
Dengan kalimah Allah.
Meyingkap memori indah. ^_^
kalimat rindu
tercipta dari rasa
rasa terlahir dari jiwa
terlahirnya kerana kasih
kasih buat yang teristimewa.
kalimat rindu
berpusar di relung hati
berpusarnya mencari pemilik
pemilik rindu yang abadi.
kalimat rindu
terlahir kerana suci
suci hati seorang perindu
perindu kasih yang abadi.
kalimat rindu
satu misteri hati
yang tidak punya jawapan
tapi punya rasa yang murni.
F/F
KALIMAT RINDU
09032012
cinta tanpa rasa kasih sayang..

tersembunyinya kasih

Kasih kian hilang
Seperti hilangnya cahaya
Di sebalik awan gelap
Memudarkan kasih kita

Kasih akan hadir
Bila ianya mahu
Akan pergi jua
Akhirnya

Aku sedang meyorok
Dari kasihnya

Aku sedang menyorok
Dari terlihatnya

Aku tidak mahu
Terus diburu kasihnya
Aku tidak tersedia
Buat kasihnya

Biarlah dia berputus asa
Andai itu yang dia mahu
Aku akan terus begini
Kerana aku ingin
Dia akan lebih menghargai
Kasih yang akan dia temui.

Wednesday, 7 March 2012

bersatu kita keranaNYA
bersatu kerana syariatNYA
menyemai kasih dan cinta
namun badai kasih sayang melanda..
terduga cinta kita keranaNYA

CINTA

cintanya selalu ada buat kita..telah termaktub buat kita..biar di mana kita..biar di hujung hidup kita..cintanya ada buat kita
cintanya selalu mekar mewangi..mekarnya semerbak bunga lavendar..kan kekal mewangi hingga ketemukan si kumbang..
cintanya tidak pernah kelam dik waktu..hanya tersembunyi di sebalik masa..
tersingkapnya cinta yang di cari..memekarkan bunga-bunga cinta di hati..terjawablah cinta kita..yang tersembunyi di sebalik masa..

rasa

saat cinta hadir
aku kebisuan
mencerna
segenap rasa yang hadir
aku seakan di awangan
tiada kesedaran
kasih yang hadir

adakah ini mimpi
atau realiti
bagi......
permulaan kedukaan
atau kesedihan

aku tidak pasti
arah tujuku
memilih
atau membiarkan
cinta itu berlalu pergi

Tuesday, 6 March 2012

hai anak muda..mana adabmu
berbicara padaku
kau di beri pendidikan yang terbaik
mana perginya adabmu
hai anak muda..kenapa kau membisu
telah kelukah lidahmu.....untuk berkata-kata
telah matikah akalmu.....untuk berfikir
hinggakan kau tidak bersuara lagi
wahai anak muda..kasihannya aku melihatmu
kasihan aku melihat ibu dan ayahmu
terdidikmu dengan agama
namun ini yang kau lahirkan dari jiwamu...

kasihan sekali....

~anak muda~
07032012
"Antara kita ada cinta"


Tanpa relaku milikinya
Tanpa sedarku buatnya
Hati bertanya tentangnya
Hati bertanya cintanya
Kisah kita satu mistik
Terselit kisah suka dan duka
Kisah kita satu realiti
Terlahir kerana kasihNya
Dalam sepi menyulam kasih
Kasih pada insan istimewa
Menambat hati tanpa nyata
Hati terpaut kerana cintaNya
Perjalanan ini membuahkan cinta
Cinta kita yang mekar mewangi
Cinta yang lahir dari pelusuk hati
Pelusuk hati paling dalam
Cinta kita suci dan murni
Kerana itu bunga cinta hadir
Menjadi penyeri hidup kami
Melewati duri kehidupan ini
ANTARA KITA ADA CINTA

f/f
07032012

Monday, 5 March 2012

nikmat dan musibah

Nikmat dan musibah
Memang berbeda
Disebaliknya
Tetap punya hikmahnya


Ianya tetap berlaku
Mahu rela atau tidak
Itulah suratan
Tertulis atas kehendaknya


Segalanya punya hikmah
Tersurat dan tersiratnya
Sesuatu nikmat
Sesuatu musibah..


05032012
f/f

Sunday, 4 March 2012

BINTANG DAN DIA

Bintang di langit
Terlihat indah
Kilauannya menyilaukan
Namun mata tidak pernah jemu memandangnya

Bintang di langit
Menyimpan kenangan
Kenangan aku dan dia
Tanpaku sedar
Kelopak mataku berair
Bersaksikan bulan dilangit
Ia mengalir tidak terhenti

Bintang di langit
Tidak pernah mengecewakan
Penontonya
Biarpun hanya seketika
Kerana bintang akan tetap di sana
Menjadi peneman setia

Namun antara kita
Kau telah membuat
Air mataku tidak terbendong lagi
Hati tidak keruan
Jiwa tidak seirama
Hanya kerana dusta
Yang kau berikan
Telah mencambahkan
Luka di hatiku..

Friday, 2 March 2012

rawat luka

Rawatlah lukanya dengan senyumanmu
Jika itu yang dia mahu
Jangan dipaksa jika tak rela
Akhirnya akan menambah luka
Rawatlah lukanya dengan gelak tawa
Jika itu yang dipinta
Jangan dipaksa jika enggan
Akan membuat dia bertambah segan


Rawatlah lukanya dengan tulus hatimu
Bukan kerana belas kasihanmu
Akan ada senyuman di bibirnya
Jika benar kau ikhlas padanya
Rawatlah lukanya dengan cintaNYA
Agar senyuman kebahagiaan akan bertamu
Usah difikirkan senyuman yang hambar
Berikanlah senyuman yang tulus
Hanya buatnya, dari hati kecilmu yang dalam..^_^

Thursday, 1 March 2012

AIR MATA SAYANG

sayang
tertitis airmataku
melihat wajahmu sayu
terkedu lidahku
melihat hatimu terluka


sayang
maafkan diriku
tidak bisa memberi bahagia
maafkan diriku
tidak bisa menjadi sempurna
di sisimu sayang


aku tercanggung akan airmatanya
aku terluka melihat airmatanya
aku terasa hiba dengan airmatanya
aku tidak bisa berkata
melihat airmatanya
uhhh!! luluh hati kecilku
melihat titik itu
terus mengalir tidak bertepian...
mengapa sayang

entah


entahkan esok
entahkan lusa
aku tidak tahu
arah tujumu
apa yang kau mahu

masih tersimpul padu
menanti rindu
yang kian merantai jiwamu

entah perlu
entah mahu
masihku tidak tahu
apa terpahat di hatimu
ia masih terkurung rapi
di penjara sepi hati
hati yang tidak pasti
kewujudan kekasih hati..
andaiku bisa menjadi pohon..kan kumenjadi pohon tempatmu beristirehat..
andaiku bisa menjadi mentari..kan kumenjadi mentari yang menerangi waktu siangmu
andaiku bisa menjadi rembulan..kan kumenjadi rembulan yang paling terang buatmu di waktu malam..
andaiku bisa menjadi air..kan ku menjadi air yang akan menghilangkan keahusanmu
andaiku bisa menjadi gunung..kan ku menjadi gunung yang paling indah buat tatapanmu di kala sunyi
andaiku bisa menjadi puisi..kan ku menjadi puisi rindu yang sentiasa menemanimu
agar tersemat abadi namaku di tangkai hatimu...terpateri indah di kotak memorimu

Tuesday, 28 February 2012

KEHIDUPAN

Penuh cubaan, penuh dugaan..
Mengajar kita, agar menghargai..
Detik-detik waktu yang tersisa..
Saat-saat yang kita ada..
Namun dugaan tidak akan terhenti..
Dugaan akan terus menanti..
Hingga ke detik akhir hidup ini..
Walaupun detik itu kian hampir..
Dugaan akan sentiasa menemani..

Ada waktu,
Kita cuba berlari..
Dari kesilapan silam..
Hingga kita lupa..
Akan dugaan yang masih menanti..
Bila ianya hadir,
Kita seperti kotok kosong..
Tidak bersedia..
Terkuntang kanting..
Tersasar jalan..
Tersilap pilihan..
Akhirnya,
Kita merintih hiba..
Air mata peneman setia..
Tidak henti merembis keluar..
Dari kelopak mata yang kecil membengkak..
Hanya kerana kita tidak belajar dari kesilapan lampau..

Namun jangan pernah berhanti..
Biarpun hanya sedetik waktu yang kita punya..
Mohonlah keampunan pada YANG ESA..
Pohonlah petunjuk pada YANG ESA..
Janganlah kita terus menjadi insan kealpaan..
Insan kerugiaan..

29022012

Sunday, 26 February 2012

CINTA SEPI (2)

 
titik permulaan kekecewaan semakin hampir. itulah yang ku rasa tika ini. bak kata orang langit tidak sentiasa cerah. laut tidak setiasa tenang. itulah yang terjadi pada perhubungan kami. "cinta dalam sepi" harap berbalas. hanya tinggal harapan.

aku mula lelah dalam menanti cinta yang tidak pasti. ku di landa cinta tiga segi. dalam penantian cinta sepi berbalas. ku di lamar jejaka lain. hati ku mula goyah. aku mula menyayangi jejaka itu. tapi ku tidak bisa melupakan cinta sepi ku. akhirnya ku menerima lamaran cinta jejaka. indahnya cinta, itu yang ku rasakan. ku sedang menikmati saat bahagia bersama jejaka. dia romantis, baik, kacak. gelagatnya membuatkan aku bahagia. sukar mencari insan sepertinya. tapi tiada yang mungkin. bunga-bunga sakura menaburi cinta kami. seperti gugurnya bunga sakura, mekarnya bunga mawar. seperti cinta sepi dan jejaka. menanti cinta yang tidak pasti, hadir cinta yang di impikan. jejaka tidak pernah mengecewakan ku. bahkan hari berkilau bak intan berlian. membuat teman cemburu.

teman ku selalu bertanya hubungan ku dengan cinta sepi. apa yang mampu ku katakan. cinta sepi tidak pernah mengungkapkan cinta. dan aku masih tertanya-tanya. ada waktu ku terdiam. jahatkah aku, melepaskan impian ku bersama cinta sepi. menerima cinta jejaka. berdustakah aku pada cinta. atau......
ahhhhhh! biarlah, aku tidak ingin terus mengejar bayang yang tidak pasti.

sebulan telah berlalu, aku masih berhubung dengan cinta sepi. biarpun aku telah ada jejaka. pada ku cinta sepi, sahabat ku dari sekolah. tidak salahkan aku masih berhubung dengannya. jejaka pula sentiasa menemaniku. siang atau malam, dia pasti ada di sisiku. begitu juka cinta sepi ku. dia tidak tahu aku sudah di miliki. bak pelangi di kala hujan di tengah hari. cinta sepi datang melamarku. ketika ku sedang mengecapi cinta jejaka. lidah ku terkelu, aku tidak bisa memberi jawapan. hatiku bercelaru. jiwaku bergelora. ku tidak dapt berfikir dengan tenang. menerima atau menolak. aku buntu.

hati ku meraung, jiwa ku terluka. mengapa baru kini kau ucapkan cinta. tika hati ku telah menjadi milik si dia. mengapa, mengapa. bertahun aku nantikan kau katakan cinta. seharusnya aku gembira, kerana cinta sepi ku telah berbalas. tapi kini........mengapa engkau membiarkan ku menanti. mengapa kau melukakan hati ini. mengapa cinta sepi. jika sebulan yang lalu engkau mengungkapkannya. aku lah insan yang paling bertuah. tapi........maafkan ku cinta sepi. segalanya telah terlambat buatmu.

aku tidak mungkin melukai hatinya. namun aku juga tidak sanggup mengecewakan mu. apa yang harus ku lakukan. ku buntu. ya allah, aku kebuntuan. aku tidak rela menolak cinta sepi. untuk menerima, berat rasa hati.

akhirnya aku menyepikan diri. aku seperti sedang lari dari kenyataan. aku tidak sanggup. ku tahu cintamu suci. namun cintanya (jejaka) padaku. tidak mungkin ku melukainya. tidak sama sekali.

ia, mungkin ku egois. pentingkan diri. tapi siapa aku, untuk menyoalnya. itu kehendaknya. aku di duga cinta sementara. cinta dua jejaka. ku mencintaimu (cinta sepi) dan ku meyayangimu (jejaka). ku tidak pernah membuang cinta sepi dari hatiku. cintaku padanya tetap utuh. hingga detik ini ku masih mencintainya. hanya cinta kami tinggal "cinta sepi". biarlah ku membawa diri jauh darimu. jika ada umur yang panjang, kitakan bertemu kembali. "cintaku si cinta sepi.."

nie sambungan yang tu hari..selamat membaca..jangan lupa komen...adik tak pandai menulis. sekadar menghilangkan boring je...^_^


CINTA SEPI (1)



nak share sebuah kisah, tak tahu menarik @ tidak..tapi saya tetap nak share gak..hehehehe

saat pertama kali aku bertemu dengan mu, aku telah jatuh hati padamu. tapi saat itu kita tidak sedekat ini. aku selalu memikirkan dirimu. lama sudah kita berteman. aku masih ingat detik pertama kita berkenalan. bermula dari sebuah persatuan yang sama kita sertai. aku gembira dan bahagia saat itu. sangat bahagia, kerana engkau telah menjadi temanku. walaupun masih teman tidak rasmiku. ku bersyukur kerana ALLAH memberi peluang dan ruang untuk aku mengenali dirimu. saat itu aku rasa ingin hentikan waktu yang terus berlalu, kerana aku takut kehilangan dirimu. hari demi hari, kita semakin dekat. aku mula membina impian pada perhubungan yang tidak pasti itu. mengharapkan cinta dari seorang jejaka yang telah menambat hatiku dalam sepi. tiap-tiap detik waktu yang berlalu aku selitkan dirimu sebagai pembakar semangatku dalam mengharungi dugaan yang mendatang. aku tidak fikirkan sesiapa selain dirimu. aku sangat gembira. sahabat-sahabatku yang melihat keakraban kita juga berasa cemburu. aku hanyut dalam cintaku padamu, dalam diam, dalam suram malam, dalam kelam jiwaku hanya ada cinta ku untuk mu.

kini kita terpisah jauh, walaupun begitu ikatan persahabatan kita tidak pernah putus. kita telah jarang berbual seperti dulu kerana tanggungjawab yang di pukul, membuatkan kita tidak punya ruang untuk berhubung. aku terasa rindu, rindu pada dirimu, yang semakin sepi dalam cintaku sendiri. ku rindukan dirimu "kekasih sepi ku". suatu hari aku amat merindui dirimu, terlalu rindu, rindu yang tidak tertangung dik hati ini. aku memikirkan pelbagai cara agar dapat berhubung kembali dengan dirimu. akhirnya aku teringat ada no tel rumah mu dalam rekod senarai nama-nama persatuan dulu. di situ ada data lengkap setiap orang. tidak susah bagi diriku untuk mendapatkan senarai itu, kerana aku dulu adalah setiausaha persatuan itu. setelah aku dapat memiliki no telefonnya, aku terusmenghubunginya. kalau dah rindu, perasaan malu pun lupa. hehehehe...aku tidak fikirkan pandangan keluarga dia pada aku, yang aku tahu aku dapat mendengar suaranya, agar terbias rasa rindu di hatiku. dan itu juga menjadi runten harianku selepas pulang dari kerja. sehari demi sehari aku semakin ingin memiliki cintanya dan kami semakin dekat. tapi dugaan datang melanda perhubungan kami. dugaan ALLAH pada kami, ops!!!! lebih kepada diri aku sendiri, aku sedang berperang dengan perasaan ku sendiri kini....:( . bertahun sudah aku memberi peluang kepada dia agar meluahkan rasa cintanya padaku. tapi penantianku seperti sia-sia. aku takut untuk terus mengharapkan cinta dari dia lagi. aku takut dia tidak mencintaiku seperti diriku, dan aku takut dia akan menjauh dariku, jika dia tahu aku mencintainya. cinta itukan rahsia hati kita. hanya kita yang tahu rasa cinta itu untuk siapa. aku ingin meluahkan rasa yang lahir ini kepadanya. tapi aku bimbang dia akan menolak ku. akhirnya aku diam, dan terus membisu. aku terus bermain rasa sendiri. sakitnya hati ini, bila cinta yang kita harapkan tidak kunjung tiba. tapi apa dayaku, aku hanya insan biasa. adakala ku terasa lemah, adakala ku terasa duka dan adakala ku terasa tidak terdaya. maafkan aku YA ALLAH.

(kisah ini belum tamat lagi..nanti ada waktu saya sambung ok..) {selamat membaca kisah yang tidak seberapa ini}..(^_^)
~Al-Quran Dan Sunnah~

Wahai penyeri hati
Apa yang lebih indah
Selain Iman pendinding hati
Al Quaran dan Sunnah

~Rindu~

Rindu terus menggamit memori
Memori bersama si dia
Rindu hati terus bercambah
Semakin berdebar degup jantung ini
Rindu tidak pernah pergi

Biarpun rindu tidak berbalas
kerana rindu peneman setia hati

Rindu semakin hebat
Biarpun hati tahu
Dia tidak merindu
Kerana hati ingin
Rindu sentiasa menemani

^_^
f/f
23022012
~Kita Manusia Biasa~

ALLAH sentiasa ada
Di saat kita suka @ duka
MANUSIA kadangkala lupa
Bila datang rasa bahagia
MANUSIA akan ingat
Bila ujian datang kepadanya

 
Si Kecil

Sayang

Kau umpama bintang
Bersinar terang
Segenap alam

Sayang
Kau umpama bulan
Senyumanmu
Pengubat duka hati yang rawan

Sayang
Kau umpama matahari
Panas membakar diri

Setiap insan di sisi

Sayang
Kau bak berlian
Yang tidak ternilai
Dengan wang ringgit

Sayang
Kau bak delima
Cantik menawan
Tiada tandingannya

Sayang
Kau anugerah ILAHI
Buatku wanita
Buatnya jejaka

Sayang
Kaulah penduka
Kaulah penawar
Kaulah permata
Kaulah perwira
"Buat kami"

Saturday, 25 February 2012

PANTUN

dengan bismillah menggikat silaturahim
antara dara dan jejaka
dengan doa kita megirim
moga berkekalan hingga ke syurga


ikan gelama dalam kolom
ikan keli atas pinggan
sudah lama megungkap salam
dengan bismillah kami disatukan

Friday, 24 February 2012

LUAHAN RASA

sedetik lalu
aku jatuh hati
pada seseorang
yang tidak mengerti


sedetik lalu
aku cuba pergi
dari seseorang
yang telah jauh hati

sedetik lalu
aku menangis
kerana seorang insani
yang melukai hati ini

sedetik lalu
aku tersenyum
kerana seseorang
yang tidak kukenali

namun esok
masih misteri

KU SEDANG JATUH CINTA
saat pertama kali melihat mu
ku tertarik pada mu
ku tidak tahu
aku terus terkenangkan mu
adakah aku sedang jatuh cinta?

aku bertanya pada hati
adakah kau jodoh ku
aku masih buntu
dalam mengenal hati ku


maafkanlah aku
jika cinta ini tidak sempurna buat mu
kerna aku masih butu waktu

adakah ini jodoh ku
ku masih bergelumang dengan tanda tanya
detik waktu terus berlalu
membuatkan aku terus tertanya
moga aku ketemukan jawapannya.
berilah aku segunung kasih cinta dan sayang padaNYA...
~jerit hatiku~

jika bisa kukikis
segenap rasa hati
kanku kikis
kenangan abadi

jika bisa kuhenyak luka
kanku biarkan segalanya
menyepi tidak berkutik

aku tidak bisa
memadam potret luka
namun kutidak mampu
memendam rasa jiwa

wajahmu menjadi peneman
dulu dan kini
aku sakit melihatmu
tersenyum gembira
apa dayaku
kita tidak ditakdirkan bersama..

f/f
23022012

terbatas

aku mengenalimu
hanya dari nama
aku menyulam cinta
hanya dari jauh
aku di hadiri
seekor lebah
menyuntingku
buat teristimewa
penyeri jiwa..

aku di pertengahan
antara dua pilihan
aku di pagut kebingungan
antara realiti dan fantasi

mencintaimu
amat indah
meyayangimu
pilihan jiwa
namun memilikimu
satu persoalan
tiada jawapan

cinta kita
terbatas antara
realiti dan fantasi

f/f
25022012

WAKTU

tersisa waktu ini..
ingin kulaluinya di sini..
bersama teman taulan..
di karya kita..
namun ada waktu..
membataskan kita di sini..
agar terus bercakarama..
bersama-sama..
ada waktu membuat kita..
seakan..
melalikan kita padaNYA..
membuat kita keahusan..
kerinduan..kesepian..
pada kasihNYA..


f/f
25022012

lepaskan


terima kasih setulus hati, sila kunjungi ankiadacin lagi..

cinta

sesaat berlalu sudah, cinta yang aku agungkan..
adakah akan punya cerita..

sebalik cinta sementara..
aku berjalan melewati paksi dunia
mencari kehidupan
yang pasti ada cinta abadi..