BAB 1
Setiap keluarga yang di bina pasti mengharapkan kehadiran insan baru. Insan yang dapat mengeratkan lagi ikatan yang terjalin. Antara mereka ada benih cinta. Namun antara bahagia ada kelukaan yang bertamu. Mereka di uji dengan pelbagai dugaan. Segalanya ketentuan Ilahi, tiada siapa yang dapat menidakkan apa yang tertulis. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Bukan kisah cinta semata-mata, bukan kisah duka sentiasa. Inilah kisah mereka. Melalui hidup bersama tanpa sekelumit cinta. Adakah cinta menjadi milik mereka. Ada persolan yang perlu di singkap.
Pasti menjadi tanda tanyakan. Oklah, mari kita ikuti kisah mereka dalam "ANTARA KITA ADA CINTA."
"Assalammualaikum Umi, Umi buat apa tu. Wah sedapnya bau." Sapa Fa, yang baru bangun dari mimpi.
"Wah anak dara ni, matahari dah terpacak kat atas kepala, baru nak bangun. Dah mandi belum? Dah sibuk duk makan." Bebel Pn.Khadijah.
"Ala Umi, hari ni kan hujung minggu. Waktu ni la Fa nak berehat. Stress kepala ni asyik menghadap buku-buku yang berlambak tu. Dengan projek tak siap lagi. Presentation lagi. Stress Fa di buatnya."
Fadhani cuba mempertahankan diri. Tapi memang dia agak tertekan dengan tugas-tugas yang diberi. Bayangkan dalam seminggu dia kena buat tiga tugasan sekali gus. Tugasan dari Prof.Kamilah, Prof.Hamdan dan Prof.Jainal. 50 peratus markah peperiksaan akan di ambil dari projek dan presentation yang diberi. Tugasan itu tidaklah perlu di hantar dalam waktu seminggu itu juga. Cuma tugas itu dapat pada waktu yang sama. Fadhani tak suka menangguhkan kerja yang diberi. Itulah sikap Fadhani. Fadhani atau nama sebenarnya Nur Fadhani bin Hj Shufian. Anak manja dan menghormati orang tua. Biarpun dia agak bersikap kasar.
"Ialah, belajar-belajar juga kesihatan kenalah jaga. Solat subuh ke tidak tadi?" Tanya Pn.Khadijah lagi.
"Fa public holiday Umi. Hehehehe."sambil tersengih-sengih dia memberitahu uminya.
"Hhhmmmm...ialah." Sahut Pn.Khadijah.
"Fa, hari ini Aunty Rosnah sekeluarga nak datang. Kamu pakai cantik-cantik sikit ya. Umi ada belikan baju kurung moden semalam. Kamu pakai tau." Arah Pn.Khadijah.
"A'la Umi, rimaslah. Umi tahukan, Fa tak suka pakai baju kurung. Not my test ok." Jawab Fadhani.
"Not my test, not my test. Umi test kamu nanti baru tahu." Bebel Pn.Khadijah.
Kecut perut Fadhani mendengar arahan itu.
"Not excuse ok. Nokhta." Arah Pn.Khadijah dengan tegas. Bila ayat itu yang keluar, memang tiada kata tidak dari Fadhani. Sesiapa yang membantah, memang ada yang kena berleter 48jam tak henti. Jika nasib tidak baik, mahu seminggu dapat ceramah free.
Muka Fadhani dah cemberut bila dengar kata-kata itu. Terasa tiada peluang untuk dia menolak permintaan Uminya itu.
"Ha!. Buat muka. Cantiklah sangat tu. Tarik muncung tu nanti. Baru tahu." Kata Fadhani pula.
"Assalammualaikum, selamat pagi. Pn.Khadijah, Cik Fa. Apa yang Walid dengar ribut-ribut tadi. Sampai ke atas walid dengar." Soal Tn.Hj.Shufian.
"Aaaaabang. Waalaikumussalam. Tak ada Fa ni. Saya cakap dia tak nak dengar." Ngadu Pn.Khadijah. Setelah menyalami Tn.Hj.Shufian.
"Fa........kan Walid dah pesan. Jangan melawan cakap orang tua. Kelak kita yang di kecewa. Selagi arahannya tidak melanggar syariat islam. Kita sebagai anak, harus mendengarnya. ok sayang." Tegur Tn.Hj.Shufian sambil merenung wajah Fadhani dari ekor matanya.
Hj.Shufian lebih senang menegur anak-anaknya dengan teguran yang lembut tapi tegas. Kelembutan adalah kekuatan. Dia jarang menggunakan kekerasan, melainkan diperlukan. Alhamdulillah, kedua cahaya mata mereka dapat dididik dengan baik dan taat pada orang tua.
"Baik Walid."
"Umi, Walid..Fa minta maaf ya. Insyallah, nanti Fa pakai baju tu." Sahut Fadhani, seraya menghampiri ke dua orang tuanya. Menyalami mereka tanda maaf dan mengucup lembut pipi ke dua-duanya, tanda kasih.
"Umi, nak kamu pakai juga." Pn.Khadijah cuba memberi arahan yang tegas pada Fadhani.
"Sayangku Jah...., kan Fa dah cakap. Insyallah. Awak janganlah bersikap macam tu. Dia dah minta maaf di atas keterlanjuran kata-katanya tadi." Tegur Tn.Hj.Shufian kepada isteri kesayangannya.
"Maaf bang, saya tak sengaja." Pn.Khadijah tersedar dari keterlanjuran bicaranya.
"Udahlah Walid, Umi. Kita lupakan ya. Fa nak Umi dan Walid tahu. Fa saaaaaaaaayannngggggggg sangat dekat Umi dan Walid." Sambil memeluk dan memberi kucupan kasih sayang kepada mereka. Saat bahagia di pagi itu, sangat menggamit memori mereka. Saat bahagia yang sentiasa diimpikan oleh sesiapa pun.
"Assalammualaikum." Sapa Fakhrul. Anak sulung Tn.Hj.Shufian dan Pn.Khadijah. Nama sebenarnya Nor Fakhrul Bin Hj.Shufian. Merangkap abang kesayangan Fadhani.
"Waalaikumussalam." Serentak Pn.Khadijah, Tn.Hj.Shufian dan Fadhani menyahut salam Fakhrul.
"Ada apa-apa yang saya terlepas ke?" Tanya Fakhrul. Sambil menjungkitkan sedikit kening matanya dan memerhati tiap wajah di hadapannya. Hatinya dipagut persoalan yang pasti jawapannya ada di hadapannya. Hanya dia masih tertanya-tanya, apa yang terjadi sebenarnya. Babak apa yang terlepas dari pengetahuannya. Persoalan yang tidak bisa tercerna dengan sebaik-baiknya.
"Along tertinggal kereta apilah. Kami dah selamat sampai ke gunung Fujiyama. Along baru nak naik kapal terbang. Kesiannnn..hehehehehe." Fadhani mula mengusik abangnya.
"Apa dia. Rugilah Along lambat turun. Tahu tadi, Along turun tepat jam 7.00 pagi untuk menyaksikan kisah menarik itu. Cecite-cecite, apa yang terjadi. Agar otak Along ni bisa mencernanya sebaik mungkin. Hehehehe" Sahut Fakhrul, sekadar ingin melayan usikkan adiknya itu.
"Nak tahu ke. Boleh. Dua puluh sen dulu..hehehehehe." Usik Fadhani lagi.
"Fa ni, Along serius ni. Dia main-main pulak." Sahut Fakhrul, sambil membuat muka kesiannya. Dalam hati.'Seriuslah sangat. hehehehe. Sekadar nak mengusik adik kesayangan sahaja. Tak ada niat lain pun..huhuhuhuhu.' Sabar jelah dengan perangai Fakhrul ni kan.
Teletah mereka berdua, sangat-sangat memberi kesan kepada sesiapa pun yang melihatnya. Mereka sangat rapat, hingga sukar di pisahkan..hehehehe.. Ialah tu sukar di pisahkan. Kalau tidur, makan, mandi bukan pergi bersama pun . hehehehe ^_^
"Oklah, tadi ada drama sebabak, Drama anakku Sazali versi Fadhani dan family." Sahut Fadhani pula.
"Ha!?" Fakhrul canggung dengan kata Fadhani sebentar tadi.
"Banyaklah kamu punya drama...Fadhani." Sampuk Pn.Khadijah. Dia tahu, anaknya itu sekadar bergurau dengan abangnya.
Fakhrul sudah mengerutkan dahinya. Pelik melihat telatah anak beranak itu. Dia terus tertanya-tanya, apa yang berlaku sebenarnya.
"Ha..Ini lagi seorang, dah pukul berapa ni. Baru nampak batang hidung. Nasib hujung minggu. Kalau waktu kerja, sudah lama Walid piyat telingga tu." Tegur Tn.Hj Shufian pada anak terunanya pula.
"Hehehee..." Fakhrul hanya tersengih dengan teguran Walidnya itu.
"Maaf Walid, malam tadi Fak tido lambat. Siapkan kertas kerja untuk pelabur dari Singgapura. Projek makanan halal yang kita rancang tempohari. Mereka minta usul yang bernas dan berkualiti. Lusa pembentangannya. Fak tak nak buat keja last minit. Esok bolehlah Walid semak, sebelum pembincangan. Kalau ada apa-apa yang hendak di tokok tambah, sempat lagi Fak uruskan." Fakhrul tersedar keterlanjuran katanya tadi dan menerangkan apa yang sebenarnya berlaku. Dia tidak mahu Tn.Hj.Shufian fikir yang bukan-bukan.
"Sudah-sudah, kalau nak bincang pasal kerja pun. Kita sarapan dulu. Ok my all dear...^_^" Seraya mendengar topik kerja di bualkan di meja makan. Pn.Khadijah segera memintas bicara, sebelum suami kesayangannya menyahut bicara terunanya. Pn.Khadijah tahu, bila topik kerja di bangkitkan tidak akan habis perbincangan itu nanti. Sebelum melarat, baik dia memintas menyelamatkan keadaan.
"Fak..Kalau nak kerja pun, beringat sikit. Kesihatan nak kena jaga juga. Sibuk dengan kerja, kesihatan diabaikan." Tegur Pn.Khadijah pada terunanya. Dia sentiasa megingati seluruh keluarganya perihal kesihatan diri. Itulah salah satu tanggungjawabnya sebagai suri rumah tangga. Bukan sekadar menguruskan makan pakai mereka, tapi juga menjaga kesihatan meraka sekeluarga.
"Tidaklah Umi, Fak tahu. Umi sayang kami. Fak sentiasa menjaga kesihatan. Makan ikut waktu. Melain Fak berpuasa hari itu." Terang Fakhrul, agar uminya tidak berasa bimbang dengan keadaannya. Sambil di selitkan gurau senda antara mereka.
"Kamu ni Fak, mana ada orang puasa makan.Ish.." Sampuk Tn.Hj.Shufian.
"Hehehehe..saja je, nak bergurau..senyummmm.." Sahut Fakhrul lagi.
"Ha Fak, Umi hampir lupa nak beritahu kamu." Pn.Khadijah memulakan mukadimahnya.
Bila dengar kata-kata itu. Serentak Fakhrul menoleh pada uminya. Cuba memberi sepenuh perhatian pada kata-kata uminya.
"Malam ni kamu ada nak keluar ke. Sebab, malam ni Aunty Rosnah sekeluarga nak datang." Sambung Pn.Khadijah lagi.
"Ye ke Umi." Sahut Fakhrul, lalu menyambung suapan mee hoon kegemarannya.
"A'ah. Dia kata dah lama tak bertandang ke mari." Terang Pn.Khadijah.
"Ohhh..Fir ada ikut sekali tak." Fakhrul bertanya sambil melirik mata pada Fadhani di sebelahnya. Terencana rancangan untuk mengusik adiknya itu.
"Adalah rasanya." Jawab Pn.Khadijah.
"Ummm...mesti orang tu sukakan. Putera hati nak datang." Sahut Fakhrul. Sambil memandang Fadhani.
"Apa.." Fadhani terperasan yang abangnya sedang memandangnya. Dia tahu, siapa yang di maksudkan abangnya tu. Siapa lagi kalau bukan dia 'adik kesayangannya'. Tapi sengaja Fadhani buat-buat tidak faham dengan bicara abangnya itu.
"Udah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Yaaa...." Fakhrul makin galak menyakat adiknya.
"Banyak ke pokok gaharu Along tanam. Lepas ni boleh buat projek gaharu pula. Tak gitu Walid." Fadhani buat tak faham, dan kembalikan gurauan itu pada abangnya. Kemudian dia cuba meminta bantuan dari walidnya.
"Boleh juga. Sudahlah Fakhrul, jangan asyik nak mengusik orang. Kamu tu bila lagi nak berumahtangga." Kali ini Tn.Hj.Shufian pula cuba membuka cerita. Sekadar melarikan topik usikan Fakhrul pada Fadhani.
"Fak pula yang terkena. Nantilah Walid. Nanti kalau Fak dah jumpa calon menantu untuk Walid dan Umi. Fak bagitahu ya." Jawab Fakhrul.
"Sudahlah, mari kita selesaikan sarapan. Lepas tu Umi nak pergi ke pasar. Fak dan Fa tolong Mak Ton kemas rumah serapinya. Abang...eeeemmmm" Pn.Khadijah memberi arahan pada ke dua permatanya dan sedang berfikir untuk tugasan suaminya pula. Sambil membuat muka ala-ala pengerusi projek besar yang sedang memerah otak, mencari idea baru untuk mengkembangkan perniagaannya.
Setelah berfikir sejenak. Akhirnya dia mendapat idea.
"Ha!..." Umi menjerit sedikit dan memetik jari. Ala-ala orang yang baru mendapat intan berlian. Seraya itu, suami dan anak-anaknya terperanjat dan menoleh ke arah Pn.Khadijah.
"Abang duduk dan berehat sajalah..ok. Saya nak keluar sebentar sahaja. Bolehkan Bang. Atau Abang nak ikut saya pergi ke pasar?" Soal Pn.Khadijah setelah meminta izin pada suaminya.
"Tak mengapalah, kamu pergilah pasar dengan Abang Ramli dan Kak Ton. Abang nak rehatkan badan dekat rumah. Sambil jadi mata-mata buat sayang abang ni." Jawab Tn.Hj.Shufian, sambil selitkan gurauan untuk isterinya.
"Mata-mata. Walid nak mata-mata siapa?" Soal Fadhani setelah sekian lama membisu.
"Mata-mata kalianlah, sama ada buat kerja atau tidak. Nanti boleh ayah repot pada Umi." Sahut Tn.Hj.Shufian lagi.
"Jap...." Sambil menaikkan telapak tangan gaya ala-ala Jemsboon. Seraya itu semua melihat Fakhrul.
"Mana aci, kami buat kerja. Walid rehat." Sambung Fakhrul.
"Aci..aci..pergi indialah. Hehehe.." Fadhani menyampuk.
"Mana ada Walid duduk diam. Tadikan dia dah cakap jadi mata-mata untuk kamu." Pn.Khadijah cuba mempertahankan suaminya.
"Entah along ni." Sokong Fadhani. Dalam hati dah gelak tahap gaban.
"Gelaklah..gelak..Along geletus kepala kamu nanti.." Sahut Fakhrul.
"Umi...tengok Along." Ngadu Fadhani pada uminya.
"Maaf, Umi tak masuk port." Jawab Pn.Khadijah.
Fadhani memandang walidnya pula. Serta-merta Tn.Hj.Shufian menjawab.
"Walid pun tak masuk port..sorryyyyy." Sahut Tn.Hj.Shufian pula. Kemudian dia menyambung menyuap mee hoon ke mulutnya.
Fakhrul dah gelak kegembiraan dan menjeling ke menangan kepada Fadhani. Akhirnya Fadhani terus membisu.
Semua mesti tak tahu lagikan, gerangan siapa Mak Ton dan Pak Ramli. Kan. Mak Ton tu, amah Tn.Hj.Shufian. Hanya bertugas mengemas, menjaga tanaman dan mengasuh Fadhani dan Fakhrul. Pak Ramli pula, supir atau pemandu keluarga itu. Mereka juga adalah sebahagian dari keluarga ini. Mereka akan tiba di rumah Tn.Hj.Shufian pada awal jam 8.30pagi hingga petang jam 6.00petang. Pada hujung minggu mereka akan tiba pada jam 9.00pagi. Hujung minggu adalah hari mereka berehat sebenarnya. Melainkan ada hal yang penting. Mereka akan diminta hadir dan menginap di sini.
Ada sebuah bilik khas untuk mereka. Yang telah di sediakan. Satu lagi, buat pengetahuan kamu. Mak Ton dan Pak Ramli adalah suami isteri. Bertemu jodoh di rumah ini. Ops!!! Bukan rumah ini, tapi rumah keluarga Tn.Hj.Shufian yang lama. Ketika itu Pn.Khadijah mengandungkan anak sulungnya Fakhrul. Dia perlukan peneman di rumah, sementara Tn.Hj.Shufian pergi berniaga. Tn.Hj.Shufian mengambil keputusan mencari pembantu rumah untuk membantu Pn.Khadijah di rumah seraya itu dapat menemaninya.
Suatu hari Tn.Hj.Shufian bertemu dengan Mak Ton, sedang mencari kerja untuk menyara keluarganya. Akhirnya Tn.Hj.Shufian menawarkan kerja dengannya. Melihat keadaan keluarga Mak Ton, Tn.Hj Shufian jatuh kasihan padanya. Hendak membantu dari segi wang, tidak tertanggung. Hanya dengan memberi pekerjaan mampu mengurangkan beban mereka. Mungkin inilah takdir Ilahi. Pucuk di cipta, ulam mendatang.
Tn.Hj.Shufian juga telah meganggap Mak Ton seperti kakaknya sendiri. Adakala, di hujung minggu, Tn.Hj.Shufian akan pergi ke rumah keluarga Mak Ton. Menginap sambil menikmati suasana kampung. Maklumlah, Tn.Hj.Shufian tiada keluarga lain. Dia dari rumah anak-anak yatim. Begitu juga Pn.Khadijah. Kini keluarga Mak Ton adalah keluarganya.
Bila perniagaan Tn.Hj.Shufian semakin berkembang. Tn.Hj.Shufian mengambil Pak Ramli sebagai pemandu. Ia bagi memudahkan Pn.Khadijah bergerak ke sana, ke mari. Ketika Tn.Hj.Shufian terpaksa keluar kota untuk mencari pelabur baru untuk perniagaannya yang semakin meningkat. Rezeki anak kata orang. Dengan adanya Pak Ramli, Tn.Hj.Shufian tidak terlalu bimbang tentang keselamatan Pn.Khadijah dan Mak Ton.
Sebulan berlalu, mulalah bibit-bibit cinta antara Pak Ramli dan Mak Ton. Tn.Hj.Shufian telah memberi nasihat kepada Pak Ramli. Bunyinya seperti ini.
"Kalau dah berkenan, cepatlah masuk meminang. Tak elok dok pandang-pandang jeling-jeling. Hehehehe.." Itulah teguran Tn.Hj.Shufian.
Setelah mendengar teguran itu. Pak Ramli telah meminta tolong Tn.Hj.Shufian dan Pn.Khadijah untuk merisik Mak Ton. Ini ayat yang dia guna.
"Emmm...Tuan..emm.." Pak Ramli teragak-agak hendak meluahkan. Segan pun ada.
"Apa dia bang. Cakap ajelah." Hj.Shufian bertanya.
"Saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya segan." Terang Pak Ramli lagi.
"Apa yang nak di segankan. Kita dah macam keluargakan. Abang nak pinjam duit ke?" Soal Hj.Shufian lagi.
"Bukan..Saya nak minta tolong dengan Tuan. Kalau boleh." Pak Ramli angkat kedua tangannya sambil di goyang-goyangkan di udara. Tanda apa yang di telah Tuannya adalah silap. Sekadar berbasa-basi.
"Tentang apa. Abang nak cuti. Atau abang nak khawin." Seloroh Tn.Hj.Shufian. sekadar ingin bergurau.
"Ha..mana Tuan tahu saya nak khawin.?" Pak Ramli terperanjat dengan soalan yang di ajukan oleh bosnya.
"Ha, betul ke awak nak khawin. Tadi saya gurau je. Dengan siapa?" Jawab Tn.Hj.Shufian.
"Eekeekeek..aaa....hehehe." Pak Ramli kelu untuk berkata-kata. Wajahnya telah berubah warna jingga. Agaknyalah. Hanya senggihan yang terukir di bibirnya.
"Tapi saya ada masalah dan ingin meminta tolong Tuan dan Puan." Sambung Pak Ramli lagi.
"Masalah apa.?" Akhirnya, Tn.Hj.Shufian bertanya dengan serius. Tiada gurauan seperti tadi lagi.
"Saya nak minta Tuan dan Puan tolong jadi wakil saya untuk merisik dia." Pak Ramli pun kemukakan hasrat hatinya itu.
"Ohhhh..Boleh. Tapi siapa orangnya? Orang mana? Kami kenal ke tidak? Duduk dekat mana?" Tanya Tn.Hj.Shufian lagi bertubi-tubi.
"Emmm..orang dekat je. Tuan dan Puan pun kenal dia." Terang Pak Ramli lagi.
"Siapa? Kak Ton ke?" Tn.Hj.Shufian cuba meneka.
"Ya, Tuan. Dah lama saya berkenan. Tapi takut nak bertanya." Segan silu Pak Ramli mennyatakannya.
"Jadi saya nak minta Tuan dan Puan tolong sampaikan hajat saya ni. Boleh tuan." Dengan penuh pengharapan, Pak Ramli meminta bantuan dari Tn.Hj.Shufian.
"Boleh..nanti saya minta tolong Puan tanyakan." Jawapan Tn.Hj.Shufian telah melegakan tangkai hati Pak Ramli.
"Ahhhh..Berapa lama lagi kita nak tunggu di sini. Saya dah lapar ni." Tn.Hj.Shufian berselorah, sekadar ingin menceriakan suasa.
Biarpun Tn.Hj.Shufian berkedudukan tinggi. Dia tidak pernah berasa bongkah dan angkuh dengan nikmat dunia itu. Padanya, itu semua hanya sementara. Biarlah dia kongsi bersama-sama mereka yang memerlukan. Dia pernah rasa hidup susah, jadi tidak hairanlah dia punya hati selembut itu. Ada waktu lapang Tn.Hj.Shufian akan ke rumah anak-anak yatim yang pernah di tempatkan dahulu. Sekadar melawat dan menyumbang semampunya.
Seraya itu, GRANDLIVINA milik Tn.Hj.Shufian meluncur laju menuju ke Alam Manda. Setiba sahaja di rumah. Tn.Hj.Shufian terus melangkah ke biliknya untuk membesihkan diri. Pn.Khadijah membontoti suaminya ke bilik. Tn.Hj.Shufian mengambil kesempatan itu, membicarakan perihal Pak Ramli dan Mak Ton. Pn.Khadijah seperti tidak percaya, tapi itulah kenyataannya.
Pn.Khadijah telah mengatur strategik untuk memberitahu Mak Ton perihal hajat Pak Ramli itu. Pada malam itu, Pn.Khadijah dan Mak Ton sedang seronok menyediakan makan malam mereka. Ehhhh..info baru, masa ini Mak Ton duduk bersama Pn.Khadijah sekeluarga. Bimbang Pn.Khadijah akan melahirkan pada waktu malam. Bila dia ada, sekurang-kurangnya, Pn.Khadijah ada dia sebagai peneman selain suami tercintanya. Ok, kita sambung balik.
Sedang asyik Mak Ton membancuh air, Pn.Khadijah telah mengambil kesempatan itu. Pn.Khadijah menarik nafas sedalamnya. Dia cuba berbasa-basi dengan Mak Ton terlebih dahulu. Begini dailog mereka.
"Kak Ton." Panggil Pn.Khadijah.
"Ya Puan." Jawab Mak Ton.
"Saya ada benda sikit nak tanya Kakak. Itupun kalau akak tak keberatan." Pn.Khadijah mencari kekuatan untuk bertanya.
"Akak, dah ada buah hati." Tanya Pn.Khadijah.
Ehhh..jap. Pn.Khadijah, soalan apa yang kamu tanya ni. Diakan 24jam dekat rumah kamu. Bila waktunya dia nak bercinta. Hehehehe..meyampuk jap. Ok, kita sambung balik ya.
"Emm..kenapa Puan?" Soalan yang di aju, di jawab dengan soalan oleh Mak Ton.
"Saya ni nak sampaikan hajat seseorang, itu pun jika di izinkan ALLAH." Jawab Pn.Khadijah.
"Hajat apa Puan." Mak Ton terus di pagut tanda tanya yang tiada jawapannya. Dia merasa resah dengan kata-kata majikannya itu.
"Emmm, akak janganlah risau, hajat baik, niat yang baik juga." Pn.Khadijah berhenti seketika. Sambil menghadiahkan segaris senyuman kepada Mak Ton.
"Saya nak sampaikan hajat Abang Ramli. Dia ingin menyunting Mak Ton menjadi permaisuri hatinya, jika di izinkan Allah." Sambung Pn.Khadijah lagi.
"Emmm..Abang Ramli ingin melamar saya. Pantaskah saya Puan. Saya bukanlah insan sempurna. Jauh kali insan yang cantik rupa. Dapatkah dia menerima saya, seadanya saya. Melengkapi kekurangan saya. Menjadi imam saya, menjadi wali pada anak-anak saya." Lirih Mak Ton mensuarakan bisik hatinya. Sambil menundukkan kepala, terasa rendahnya dia pada PenciptaNYA yang menganugerahkan berita gembira ini. Merasa layakkah dia berada di sisi insan yang cukup baik buatnya.
Tiba-tiba, terdengar suara dari belakang Pn.Khadijah, suara yang amat di kenali Mak Ton. Siapa lagi kalau bukan Pak Ramli kekasih hatinya. Iss..kekasih hati. Jeles I..huhuhuhu
"Kekuranganmu, kelebihanku. Kekuranganku kelebihanmu. Kita di pertemukan agar saling melengkapi. Aku terima segala kekuranganmu, sepenuh hatiku. Usahlah kau merendah diri sebegitu sekali. Aku akan menjadi pendamping setiamu, di kala suka dan duka hadir menyapa. Aku akan hadir buatmu jua. Ton, sudilah menjadi tulang rusukku, melengkapi hidupku, mewarnai hari-hariku. Jadilah yang ke dua di hatiku." Pak Ramli memujuk Mak Ton dengan penuh kelembutan dan kesyaduhan, ketulusan, keharmonian. Dengan harapan hati Mak Ton akan luluh dan menerimanya seadanya.
Mak Ton tersenyum gembira saat mendengar madah indah dari Pak Ramli, hati yang kosong terasa terisi. Pada kata-kata terakhir Pak Ramli, Mak Ton membeliakan mata. Dalam hati dia berkata. 'Yang ke dua. Siapa yang pertama.' Dari mula senyuman yang gembira menjadi kendur.
Pak Ramli menoleh majikannya. Majikannya juga kelihatan pelik dengan bicara Pak Ramli yang akhir itu. Akhirnya Pak Ramli tersedar kata-katany itu. Dia pun menari nafas dan menerangkannya.
"Mestilah yang ke dua. Yang pertama adalah Allah, Pencipta kita." Terang Pak Ramli.
Membuatkan Mak Ton, Pn.Khadijah dan Tn.Hj.Shufian tersenyum gembira. Akhirnya Mak Ton pun menerima lamaran Pak Ramli. Itulah kisah pertemuan Mak Ton dan Pak Ramli.
Bila perniagaan Tn.Hj.Shufian meningkat naik. Tn.Hj.Shufian telah berpindah ke rumah lain. Rumah yang lebih besar dan sederhana untuk keluarganya. Tidak jauh dari rumah lamanya. Rumah lamanya, telah di beri pada Mak Ton sekeluarga. Ialah, tiada siapa nak duduk. Dia sedekahkan kepada Mak Ton dan Pak Ramli agar di uruskan dengan baik. Alhamdulillah, rezeki Allah semakin melimpah ruah kepada keluarga Tn.Hj.Shufian. Kedua orang tua Mak Ton juga telah mempunyai rumah yang lebih selesa dari dulu. Duduk di kampung, banyak pokok buah-buahan telah di usahakan. Itulah pendapatan keluarga Mak Ton di kampung. Alhamdulillah.
Kisah Mak Ton telah selesai, tinggal lihat kisah Fadhani melayan tetamu. Apa cerita ya. Tak apa, kita tunggu Bab 2.
No comments:
Post a Comment