SUATU HARI JATUH HATI
kisah pendik, tapi menarik. mungkinlah..hehehe
Hari ini, aku ke sebuah taman. Aku berjumpa seorang teman. Telah lama tak berkirim khabar. Hari ini hari bahagia. Hari aku dan dia. Kami menghabiskan sehari-hari bersama-sama. Pelbagai cerita di gembar-gemburkan. Mahu runtuh dik hati di buatnya. Mahu gugur dik jantung. Semuanya nak di cerita. Gelak sukmolah kami berdua.
Hari itu telah berlalu. Kami membuat temu janji untuk ke dua kalinya. Kali ini temu janji bukan pertemuan sahabat. Inilah kencan kami pertama. Hehehehehe. Dah lama memendam rasa. Akhirnya kami bersatu jua. Bukan sebagai suami isteri. Tapi sebagai pasangan kekasih. Tak elok betul. Bercinta lebih-lebih..hehehe.
Tak lebih mana pun kami bercinta. Peganggan agama tetap kami utamakan. Nak keluar bersama mesti ada aturannya. Kalau sebelum ni berjumpa berdua. Kali ini berjumpa berempat. Ialah, perjumpaan sebelum ini, tidak disengajakan. Tapi kali ini telah di rancang.
Syarat pertama seperti yang dikatakan, berjumpa berempat. Ke dua, minta izin dari keluarga. Wajiblah, nak bawa anak dara orang bukan anak kucing. Ok. Ke tiga, pergi di tempat orang ramai. Bukan tempat sunyi. Takut jadi fitnah dan panahan mata-mata tajam. Ke empat, tak boleh peganggan tanggan. Haram. Ke lima, jalan mesti berjarak. Sebab tu kena bawa adik atau abang. Letak mereka antara kami. Adalah segan silu. Ke enam, tak boleh duduk rapat-rapat. Mesti dudk berselang atau berhadapan. Tapi, kena berjaga-jaga dari renungan mata..hehehehe. Ke tujuh, tak boleh pulang lewat. Mestilah, takkan nak bawa anak dara orang sampai pukul 12.00 tengah malam. Tak ada kerja ke apa.. Ke lapan, banyak ye lah syarat. Dah habis..tujuh syarat sahaja.
Opssss..hampir terlupa, nak kencan boleh. Tapi tanggungjawab pada agama jangan lupa. Ok.
Akhirnya aku dan dia keluar. Dia sanggup memenuhi syarat-syarat tersebut. Mungkin ini kencan pertama kami dan terakhir kami. Hari itu habis satu Carefour kami jalan-jalan. Siap pergi tengok wayang. Duduk tetap berjarak. Tempat duduk pertama, dia, adik dia, adik aku dan aku. Sesuai dengan syarat yang di beri. Selepas tu kami pergi makan KFC, yang peling seronok adik-adik kami. Mana tidaknya, dapat tengok wayang dan makan Kfc. Dapat jalan-jalan. Dah macam keluarga bahagia gamaknya. Hehehehe...Lepas makan, cari taman permainan. Kebetulan hujung minggu, jadi taman permainan itu ramai orang. Sesuai dengan syarat lagi. Bagus betulkan buah hati aku ni.
Dah penat berjalan. Kami balik. Sesuai dengan syarat tidak boleh balik lewat. Adalah dalam 4 jam kami keluar. Oklah tu, asal dapat hilangkan rindu. Dalam perjalanan kami singgah di masjid. Untuk solat Zohor. Berkencan, berkencan juga tuntutan agama mesti di utamakan. Selepas solat, kami teruskan perjalanan. Dalam perjalanan, dia singgah di sebuah kedai buah-buahan. Aku hanya memerhatikan segala tindak-tanduknya dari dalam kereta. Adik-adik kami dah terlelap dalam kereta. Ha satu lagi, hari ini dia jadi pemandu kami. Kami semua duduk di belakang. Satu lagi syarat yang lupa nak nyatakan, aku tidak boleh duduk di hadapan. Takut iman tidak teguh, mudah goyah. Hehehehe.
Selesai mencari apa yang perlu. Dia terus menghantar aku pulang ke rumah. Mestilah hantar ke rumah, dah ambil kat rumahkan. Dia sangat sopan, siap mampir ke rumah sebentar. Buah yang di beli tadi, untuk keluarga aku rupanya. Baiknyalah dia. Ni yang buat aku makin sayang. Dia sambung berbual dengan ayah aku. Aku pun tak tahu dia cerita tentang, kerana aku dah duduk di dapur. Aku tak suka menggangu perbualan mereka. Hampir satu jam dia di rumah aku. Dia pun minta diri pulang.
Setelah pulang, dia tidak menghubungi aku. Aku bimbang jika dia telah tawar hati pada aku. Risau tau. Takut pun ada. Sampailah tepat jam 10.00 malam. Ibu dan ayah aku panggil. Barulah aku tahu apa yang telah di bualkan mereka tadi.
Dua bulan selepas temu janji kami.
Aku telah selamat menjadi isteri dia. Cepatkan, betullah kata hati aku. Itu adalah kencan pertama dan terakhir aku sebagai kekasih. Lepas ni, kencan sebagai yang sah. Dah tak payah nak ikut syarat yang di tetapkan. Sebab dah halal bagi kami.
Mesti kamu semua pelikkan, kenapa cepat sangat kami berkhawin. Sewaktu dia datang ke rumah tempohari dia ada sampaikan satu berita pada mak dan ayah. Jom kita imbas kembali apa yang dia sampaikan.
Malam itu ibu dan ayah telah menyampaikan berita tentang lamaran dia pada aku. Dia ingin bertunang dua minggu dari sekarang. Iaitu dari hari kami keluar kencan. Ke esokkan harinya, keluarga dia telah bertandang ke rumah, untuk merisik. Rupa-rupanya, dia telah lama beritahu keluarganya tentang aku. Dari waktu aku terserempak dengannya. Nasib aku terima dia jadi kekasih aku, kalau di buatnya aku tolak dia. Tak ke nanya dia. Sabar ajelah aku dengan dia. Mestilah sabar, dah sayangkan. Hehehe.
Mula-mula aku terkejut juga, kenapa cepat sangat. Ibu pun beritahu aku, yang dia kena bertugas di Kuala Lumpur. Kalau boleh dia ingin bawa aku sekali. Tak akan dia nak bawa aku tanpa ikatan yang sah, tak ke nanya tu namanya. Sebab tu dia ingin meningkah secepat yang mungkin. Dia kata lagi, dia sayang sangat dengan aku. Dia tak nak terlepas untuk ke dua kalinya. Kesiankan, al maklumlah, dulu masa time sekolah dia ngurat aku. Tapi aku buat tak layan. Jadi bila dah dapat pikat cepat-cepatlah ikat. Takut berputih mata lagi. Tulah kata orang, benci-benci boleh jatuh sayang. ^_-
Masa malam tu dia tak telefon aku, kerana dia pergi cari cincin merisik dan tunang untuk aku. Nasib muat, pandai juga dia kan. Patutlah dia ajak aku keluar, semata-mata nak tengok saiz jari aku. Dia ada pinjam cincin yang aku pakai unutk cuba dekat jari dia. Kenapalah aku tak tahu. Tak apalah, dah lepas pun.
Sekarang aku dah jadi permaisuri hatinya. Insyallah, hingga ke syurga hendaknya. Amin. Itulah kisah aku..best tak.
SELAMAT MEMBACA DAN KOMEN OK.
"Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meningga dunia."
No comments:
Post a Comment