sedetik lalu
aku jatuh hati
pada seseorang
yang tidak mengerti
sedetik lalu
aku cuba pergi
dari seseorang
yang telah jauh hati
sedetik lalu
aku menangis
kerana seorang insani
yang melukai hati ini
sedetik lalu
aku tersenyum
kerana seseorang
yang tidak kukenali
namun esok
masih misteri
No comments:
Post a Comment