Followers
selamat datang
selamat datang
selamat membaca
karya yang tidak seberapa
selamat membaca
karya yang tidak seberapa
About Me
Sunday, 26 February 2012
nak share sebuah kisah, tak tahu menarik @ tidak..tapi saya tetap nak share gak..hehehehe
saat pertama kali aku bertemu dengan mu, aku telah jatuh hati padamu. tapi saat itu kita tidak sedekat ini. aku selalu memikirkan dirimu. lama sudah kita berteman. aku masih ingat detik pertama kita berkenalan. bermula dari sebuah persatuan yang sama kita sertai. aku gembira dan bahagia saat itu. sangat bahagia, kerana engkau telah menjadi temanku. walaupun masih teman tidak rasmiku. ku bersyukur kerana ALLAH memberi peluang dan ruang untuk aku mengenali dirimu. saat itu aku rasa ingin hentikan waktu yang terus berlalu, kerana aku takut kehilangan dirimu. hari demi hari, kita semakin dekat. aku mula membina impian pada perhubungan yang tidak pasti itu. mengharapkan cinta dari seorang jejaka yang telah menambat hatiku dalam sepi. tiap-tiap detik waktu yang berlalu aku selitkan dirimu sebagai pembakar semangatku dalam mengharungi dugaan yang mendatang. aku tidak fikirkan sesiapa selain dirimu. aku sangat gembira. sahabat-sahabatku yang melihat keakraban kita juga berasa cemburu. aku hanyut dalam cintaku padamu, dalam diam, dalam suram malam, dalam kelam jiwaku hanya ada cinta ku untuk mu.
kini kita terpisah jauh, walaupun begitu ikatan persahabatan kita tidak pernah putus. kita telah jarang berbual seperti dulu kerana tanggungjawab yang di pukul, membuatkan kita tidak punya ruang untuk berhubung. aku terasa rindu, rindu pada dirimu, yang semakin sepi dalam cintaku sendiri. ku rindukan dirimu "kekasih sepi ku". suatu hari aku amat merindui dirimu, terlalu rindu, rindu yang tidak tertangung dik hati ini. aku memikirkan pelbagai cara agar dapat berhubung kembali dengan dirimu. akhirnya aku teringat ada no tel rumah mu dalam rekod senarai nama-nama persatuan dulu. di situ ada data lengkap setiap orang. tidak susah bagi diriku untuk mendapatkan senarai itu, kerana aku dulu adalah setiausaha persatuan itu. setelah aku dapat memiliki no telefonnya, aku terusmenghubunginya. kalau dah rindu, perasaan malu pun lupa. hehehehe...aku tidak fikirkan pandangan keluarga dia pada aku, yang aku tahu aku dapat mendengar suaranya, agar terbias rasa rindu di hatiku. dan itu juga menjadi runten harianku selepas pulang dari kerja. sehari demi sehari aku semakin ingin memiliki cintanya dan kami semakin dekat. tapi dugaan datang melanda perhubungan kami. dugaan ALLAH pada kami, ops!!!! lebih kepada diri aku sendiri, aku sedang berperang dengan perasaan ku sendiri kini....:( . bertahun sudah aku memberi peluang kepada dia agar meluahkan rasa cintanya padaku. tapi penantianku seperti sia-sia. aku takut untuk terus mengharapkan cinta dari dia lagi. aku takut dia tidak mencintaiku seperti diriku, dan aku takut dia akan menjauh dariku, jika dia tahu aku mencintainya. cinta itukan rahsia hati kita. hanya kita yang tahu rasa cinta itu untuk siapa. aku ingin meluahkan rasa yang lahir ini kepadanya. tapi aku bimbang dia akan menolak ku. akhirnya aku diam, dan terus membisu. aku terus bermain rasa sendiri. sakitnya hati ini, bila cinta yang kita harapkan tidak kunjung tiba. tapi apa dayaku, aku hanya insan biasa. adakala ku terasa lemah, adakala ku terasa duka dan adakala ku terasa tidak terdaya. maafkan aku YA ALLAH.
(kisah ini belum tamat lagi..nanti ada waktu saya sambung ok..) {selamat membaca kisah yang tidak seberapa ini}..(^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment