Followers

selamat datang

selamat datang
selamat membaca
karya yang tidak seberapa

Thursday, 8 March 2012

kalimat rindu
tercipta dari rasa
rasa terlahir dari jiwa
terlahirnya kerana kasih
kasih buat yang teristimewa.
kalimat rindu
berpusar di relung hati
berpusarnya mencari pemilik
pemilik rindu yang abadi.
kalimat rindu
terlahir kerana suci
suci hati seorang perindu
perindu kasih yang abadi.
kalimat rindu
satu misteri hati
yang tidak punya jawapan
tapi punya rasa yang murni.
F/F
KALIMAT RINDU
09032012

No comments:

Post a Comment